Search Mohd Rohaizad (Cari Bahan Dalam Blog)

Loading...

Monday, June 11, 2012

BUTIK FAZURA - HOUSE OF DOLL


Perasmian Butik Milik Fazura House of Doll Ahad Ini!

Khabar terbaru mengenai bintang filem Pisau Cukur, Fazura. Pada Ahad ini, pelakon itu bakal melancarkan sebuah butik yang terletak di Bangsar.

Berdiri dengan jenama “House of Doll”, idea untuk memiliki butik sendiri hadir dua tahun lalu.

Gambar Fazura Buka Butik House of Doll
Gambar Fazura Buka Butik House of Doll

“Saya terfikir untuk memiliki sebuah butik hasil titik peluh saya sendiri setelah melihatkan aktiviti lakonan saya sendiri semakin berkurangan. Faz sendiri suka berfesyen dan apa yang ditawarkan oleh butik ini lebih kepada apa yang Faz suka. Faz mahukan kelainan dan apa yang kami tawarkan lebih kepada “ready to wear’ dan ada satu kejutan buat peminat.” jelas Fazura yang turut dinamakan sebagai jurucakap jenama telefon pintar Blackberry.

Fazura Jurucakap Blackberry

Mengelak untuk mengulas lanjut mengenai kejutan tersebut, namun apa yang boleh kami sampaikan adalah ia melibatkan kerjasama untuk “couture wear”.

Fazura ditemui di acara Blackberry “Stop Missing Out!” yang berlangsung di The Gardens, Mid Valley.

“Faz menghabiskan banyak masa di Twitter dengan menggunakan Blackberry. Saya yakin Blackberry merupakan peranti komunikasi terbaik untuk mendekatkan Faz dengan peminat.”

Kempen Telefon Pintar BlackBerry

Kempen “Stop Missing Out!” menawarkan peluang kepada peminat dan pengguna Blackberry bagi memenangi hadiah menarik antaranya menonton wayang, sesi memanjakan diri, karaoke, futsal dan membeli-belah bersama selebriti.

Selain Fazura, turut terlibat antaranya Bunkface, Jehan Miskin, Joe Lee, Julie Woon, Liyana Fizi dan Megan Tan.

Kempen ini bakal bermula pada 1 Jun hingga 1 Julai depan. Layari www.StopMissingOut.com.my untuk menyertai. - Portal Gua




VIDEO NUR FAZURA TIPS MAKE UP

Mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Nur Fazura yang akan merasmikan butiknya bernama House of Doll. Nampak gayanya Fazura bakal menjalankan perniagaan sebagai sumber sampingan. Ada yang kata ia hasil usaha sendiri dan ada yang kata ditaja. Betul ke Fazura, yang mana satu ye?
Read more >>

ARTIS KENA SENGAT OBOR-OBOR

Syafie Naswip Terima Tujuh Suntikan Digigit Obor-Obor

Pelakon remaja, (Gambar) Syafie Naswip, menerima nasib malang kerana digigit obor-obor ketika sedang mandi di Pantai Batu Empat, Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan selepas tamat penggambaran drama bersiri Miscinta Rabu lalu.

Syafie, 20, ketika dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, akibat kejadian itu dia terpaksa menerima tujuh suntikan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson, selama dua jam bagi mengurangkan bisa dalam badan.

Syafie Naswip Sakit Kena Sengat Obor-Obor Di Port Dickson
Syafie Naswip Sakit Kena Sengat Obor-Obor Di Port Dickson

"Semasa kejadian saya dan beberapa krew drama Miscinta telah mandi di pantai itu bagi meraikan tamat penggambaran drama tersebut yang telah selesai kira-kira pukul 6.45 petang pada hari berkenaan.

"Bagaimanapun setelah hampir 10 ke 15 minit saya mandi tiba-tiba lengan sebelah kanan saya telah disengat oleh obor-obor sehingga menyebabkan rasa sakit seperti terkena renjatan elektrik. Krew lain yang mandi tidak mengalami gigitan tersebut," ujarnya.

Tambah Syafie, walaupun doktor mengesahkan kecederaannya itu tidak serius, kesakitan akibat bisa obor-obor itu masih dapat dirasainya walaupun telah diberi tujuh suntikan.

Syafie Naswip Tidak Parah Kena Sengat

Dalam pada itu, Syafie berkata, dia juga telah membuat pemeriksaan susulan di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan keadaannya sudah beransur pulih.

"Alhamdulillahlah doktor memberitahu keadaan saya semakin pulih namun diarahkan berehat dengan secukupnya. Sepanjang minggu lalu badan saya terasa begitu lemah," katanya.

Bagaimanapun kata Syafie, dia tidak dapat berehat lama kerana bakal kembali ke set penggambaran Miscinta yang akan dihasilkan dalam bentuk telefilem pada Isnin (hari ini).

Syafie memberitahu, selain drama itu, dia juga akan muncul dengan telefilem lain berjudulCikgu Saodah arahan Azman Nor untuk siaran RTM. -Mstar




VIDEO TEMUBUAL SYAFIE NASWIP DALAM RANCANGAN FUHH!

Mohdrohaizad.com - Nasib baik artis Syafie Naswip tidak serius kena sengat obor-obor, yelah ada yang maut kena sengat obor-obor, kira bahaya jugalah tau. Apa-apa pun 7 suntikan pun dah kira dahsyatlah untuk mengurangkan bisa sengatan obor-obor. Oleh itu, kena jaga-jagalah ketika berenang berendam di dalam air laut k.
Read more >>

SEIN TAKUT JADI HERO MAT BUNGA

Sein Tak Mahu Dicop 'Mat Bunga'

Pelakon Sein, 29, membuat keputusan tidak mahu mengambil watak-watak lelaki romantik sebaliknya memilih karaktor anatagonis agar tidak dicop sebagai lelaki 'mat bunga'.

Sein atau nama sebenarnya (Gambar) Syed Hussein Syed Mustafa berkata, dia menyifatkan wataknya sebagai hero romantik dalam kebanyakan drama yang dilakonkannya sebelum ini telah memberikan persepsi kepada orang ramai bahawa ia hanya sinonim dengan watak-watak sedemikian.

Gambar Sein atau Nama Sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa
Gambar Sein atau Nama Sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa

"Diakui, salah saya juga kerana menerima terlalu banyak tawaran yang melibatkan watak lelaki romantik atau hero yang baik-baik sahaja sehinggakan dicop sebagai lelaki 'mat bunga'.

"Sebelum lebih ramai lagi yang akan menggelarkan saya sebegitu, lebih baik saya beralih arah dengan memilih watak-watak antagonis sahaja buat sementara waktu ini," katanya.

Tambah bekas ahli kumpulan Ruffedge itu, hal tersebut telah membuatkan dia sedar bahawa pada masa akan datang nanti dia akan lebih peka mengenai pemilihan watak supaya penonton dapat melihat dirinya dalam pelbagai watak yang dilakonkan.

Justeru itu, buat kali keduanya (selepas filem Psiko arahan Namron), Sein membawakan watak antagonis iaitu Boy dalam filem Pencinta, arahan pengarah hebat Khir Rahman.

Sein Terima Watak Mencabar

Beritahu Sein, watak Boy benar-benar mengujinya dalam penghayatan lakonan selain ingin membuktikan kelainan karakternya dalam filem tersebut yang turut dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Johan As'ari, Miera Leyana dan Siti Saleha.

"Dalam filem ini, ia benar-benar mencabar lakonan saya dimana saya perlu menjiwai watak Boy yang jahat dan pada masa sama bersifat pelik.

"Walaupun baru kali kedua memegang watak jahat, ia amat menyeronokkan lebih-lebih lagi dapat melakukan babak-babak lawan kerana mencabar tahap ketahann fizikal diri.

"Saya sangat gembira apabila Khir mempercayai saya untuk membawakan watak sedemikian, sebab itu saya cuba memberikan hasil lakonan yang terbaik agar lakonan itu seperti yang diinginkan," ujarnya.

Sein Bersukan Untuk Latihan Aktiviti Babak Lasak

Dalam pada itu Sein kembali kepada aktiviti bersukan sebagai persediaan untuk dia melakonkan babak-babak lasak pada masa akan datang.

Pencinta yang merupakan filem aksi romantik ini mengisahkan tentang cinta terlarang antara bekas ahli kongsi gelap, Amir (Johan) dan Aishah (Siti Saleha).

Percintaan Amir dan Aishah menjadi rumit apabila ibu bapa Aishah mahu dia berkahwin dengan Boy (Sein), seorang lelaki yang berlatarbelakangkan keluarga kaya. -Mstar




VIDEO SEIN (SYED HUSSEIN SYED MUSTAFA) BEKAS PENYANYI

Mohdrohaizad.com - Sein atau Syed Hussein Syed Mustafa merupakan artis baru yang mula mendapat perhatian. Mungkin selepas ini beliau akan popular dan menjadi hero terbaru di Malaysia. Hero di Malaysia kan kurang.. asyik-asyik muka yang sama je kan?
Read more >>

OSMAN KERING MENINGGAL DUNIA

Pelakon Vateran Osman Kering meninggal dunia


Berita terkini : kami  menerima pengesahan daripada beberapa orang terdekat yang pelawak & pelakon veteran Osman Kering sudah meninggal dunia awal malam ini.

Osman Kering Meninggal Dunia Akibat Penyakit Batuk Kering
Osman Kering Meninggal Dunia Akibat Penyakit Batuk Kering

Menurut anak lelaki Osman Kering, bapa beliau meninggal dunia sekitar jam 7.00 malam tadi & jenazah allahyarham kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Maklumat awal mengatakan Osman Kering meninggal dunia akibat penyakit batuk kering. -  rotikaya.com



VIDEO OSMAN KERING BERDIKIR BERSAMA PASUKAN KELANTAN RED WARRIOR

Mohdrohaizad.com - Al-Fatihah kepada arwah Osman Kering, semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang Islam yang beriman. Amin..
Read more >>

ARTIS GUNA SAMI BUDDHA CARI TARIKH PERKAHWINAN

Sami Buddha Bantu Angelina Jolie Pilih Tarikh Kahwin

ANGELINA Jolie yang bakal mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Brad Pitt telah meminta bantuan sami Buddha untuk memilih tarikh perkahwinan yang sesuai.
Menurut sumber, aktres berusia 37 tahun itu yang dikhabarkan akan berkahwin pada Ogos ini menggunakan khidmat sami tersebut dengan bantuan 'spiritual' agar tarikh perkahwinannya itu benar-benar menjadi tanpa sebarang penceraian di masa akan datang.

Brat Pitt dan Angelina Jolie Percaya Sami Agama Buddha
Brat Pitt dan Angelina Jolie Percaya Sami Agama Buddha
"Angelina benar-benar mengharapkan sebuah kebahagiaan yang berpanjangan dan kerana itu dia meminta bantuan sami Buddha untuk mendapatkan tarikh yang paling sesuai.
"Bagaimanapun ia bukanlah satu perkara baru untuknya kerana sebelum ini dia sering menggunakan khidmat sami itu dalam mencari tarikh sesuai mengikut kalendar Budha setiap kali ingin membuat rawatan doktor atau merancang untuk sesebuah percutian keluarga.

Sami Buddha Cari Tarikh Perkahwinan Brad Pitt dan Angelina Jolie
Sami Buddha Cari Tarikh Perkahwinan Brad Pitt dan Angelina Jolie
"Malah tarikh pelancaran filem-filemnya juga juga berdasarkan bantuan kalendar daripada agama tersebut," kata sumber kepada Contactmusic.
Sementara itu, menurut rakan-rakan terdekat, Brad tidak kisah dengan pemilihan tarikh yang dibuat kekasihnya itu dan tidak tergesa-gesa untuk berkahwin.
"Brad membiarkan hal-hal pemilihan tarikh diuruskan Angelina. Memandangkan mereka sudah hidup lapan tahun bersama, dia tidak tergesa-gesa dalam perancangan perkahwinannya itu," tambah sumber tersebut. -MStar



VIDEO ANGELINA JOLIE - BRAD PITT UMUM TARIKH PERKAHWINAN

Mohdrohaizad.com - Brad Pitt dan Angelina Jolie akhirnya akan berkahwinan setelah beberapa tahun bersekedudukan bersama tanpa sebarang ikatan yang sah. Menjadi persoalan apabila mereka mempercayai tarikh sami Buddha mampu menghalang perceraian berlaku pada masa depan. Macam tu pun ada?
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...