CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Pendaftaran MUET 2011 Telah Dibuka - Secara Online


Khusus untuk calon persendirian. Dua hari lagi pendaftaran MUET (Malaysian University English Test) untuk pertengahan tahun 2011akan ditutup iaitu pada 27 Januari ini. Jadi jika anda mahu berniat untuk memperbaiki keputusan MUET lepas anda atau memang belum pernah menduduki MUET sebelum ini segeralah ke cawangan. Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan untuk membeli No. Pin MEC untuk digunakan mendaftar secara online di laman MPM. Jika tidak sempat mendaftar sekarang maka terpaksalah menunggu pula untuk sesi pendaftaran MUET akhir tahun nanti. Bagi anda yang masih berada di tingkatan enam, jangan bimbang kerana kesemua proses ini akan diuruskan oleh guru anda.

Membeli No. Pin MEC tidaklah begitu sukar. Sesampai sahaja di BSN terus ambil borang biru yang bertanda (deposit/bayaran/tuntutan). Isi butiran yang perlu dan terus bergegas ke kaunter ekspress yang BSN sediakan. Beritahu sahaja juruwang yang bertugas anda hendak membeli No. Pin MEC untuk pendaftaran MUET.

Satu lagi saluran pembayaran yuran MUET ialah dengan menggunakan perbankan Internet. Jika anda belum tahu, kini pendaftaran MUET sudah tidak lagi secara offline. Tidak perlu lagi pergi ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mendaftarkan diri. Ia sungguh mudah kini..

Untuk maklumat lanjut, sila layari sendiri laman pendaftaran MUET di bawah. Jangan lupa membeli No. Pin MEC dahulu jika anda tidak mempunyai kemudahan perbankan Internet atau kad kredit. Kemudian baru daftar sebagai pengguna sebelum boleh mendaftar peperiksaan MUET.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Pendaftaran MUET 2011 Telah Dibuka - Secara Online By Mohd Rohaizad. Published: 26.1.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...