CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Akibat Teguran Seorang Bapa Yang Bogel Dan Mabuk Tergamak Tikam Anak Sendiri Sampai Mati




Kejadian dilaporkan berlaku di Selangor, seorang operator kilang maut akibat ditikam di bahagian dada oleh bapanya sendiri selepas dia menegur tingkah laku bapanya yang mabuk di Bandar Sungai Mas, Banting, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam apabila lelaki berumur 20 tahun itu dikatakan menegur bapanya yang berbogel dalam keadaan mabuk di depan rumah mereka sebelum itu.

"Berang dengan teguran itu, bapanya yang berumur 40-an terus mencapai pisau di dapur sebelum bertindak menikamnya di dada, dia mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata selepas menikam anaknya, suspek yang tidak bekerja melarikan diri sebelum berjaya dikesan di sebuah stesen minyak Petronas Teluk Panglima Garang dekat sini pada kira-kira pukul 11 pagi ini.

Katanya polis menahan suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan kerana membunuh, dan mayat anaknya dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat.

P/s: Tidak mengejutkan, arak atau alkohol sememangnya air syaitan yang mampu menghilangkan akal manusia sehingga tidak dapat lagi membezakan yang mana baik dan buruk. Diharap kejadian ini akan menjadi pengajaran kepada mereka yang masih belum insaf meneguk arak air setan itu agar kembali ke jalan Allah s.w.t.. 

Sumber rujukan:
Harian Metro

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Akibat Teguran Seorang Bapa Yang Bogel Dan Mabuk Tergamak Tikam Anak Sendiri Sampai Mati By Mohd Rohaizad. Published: 29.3.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...