CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Banjir Di Perlis Dan Kedah 2011 - Empat Pintu Empangan Timah Tasoh Dibuka


 Empat pintu Empangan Timah Tasoh dibuka


Berita dari Kangar melaporkan yang Empangan Timah Tasoh mula melepaskan air berikutan kenaikan parasnya akibat hujan berterusan sejak semalam.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis, Nishad Mohamed Mohd Shaffy, berkata paras air di empangan itu meningkat ke paras 29.34 meter tengah hari tadi berbanding 29.27 meter pada sebelah pagi.

Beliau berkata empat pintu empangan telah dibuka setakat ini bagi mengawal paras air dalam empangan itu.
"Air dari empangan itu mengalir ke Sungai Perlis seterusnya ke laut," katanya.

Hujan sesekali lebat masih berlaku di Perlis dan ia dijangka berterusan sehingga esok. 
Manakala daripada sumber sahih JPS Perlis diperolehi:

Nasihat hujan lebat dan ribut petir pada peringkat jingga dikeluarkan pada 11:00 pagi 29/03/2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di Negeri Perlis dan Kedah dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011. 
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.


Sumber rujukan:

BERNAMA 
JPS Perlis

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Banjir Di Perlis Dan Kedah 2011 - Empat Pintu Empangan Timah Tasoh Dibuka By Mohd Rohaizad. Published: 29.3.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...