CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Banjir Di Terengganu Dan Kedah 2011 Adakah Keadaan Akan Lebih Dahsyat?




Keadaan di Kuala Terengganu dikatakan semakin kritikal dimana seramai 748 orang dipindahkan ke 10 pusat pemindahan mangsa banjir setakat 2 petang ini selepas empat daerah di Terengganu dilanda banjir berikutan hujan lebat luar biasa sejak semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri Terengganu berkata, empat pusat pemindahan dibuka di Kemaman yang menempatkan 175 mangsa daripada 33 keluarga manakala di Marang sebanyak tiga pusat pemindahan dibuka menempatkan 31 mangsa banjir dari 13 keluarga.

Di Kuala Terengganu lagi, dua pusat pemindahan kini menempatkan 211 penduduk dari 46 keluarga yang mula berpindah sejak tengah malam tadi manakala di Dungun, sebuah pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 22 mangsa daripada enam keluarga.

Jurucakap itu berkata, operasi di semua pusat pemindahan mangsa banjir berkenaan diselenggara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sehingga kini bekalan keperluan adalah mencukupi.

Katanya, kebanyakan tempat yang dilanda banjir merupakan kawasan rendah terutama di pesisir pantai.

Hujan lebat yang bermula sejak semalam dijangka berterusan sehingga esok.

Tiga laluan juga terpaksa ditutup iaitu di Kilometer (KM) 4 Jalan Batu Putih-Kertih di Kemaman yang ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air setinggi 0.67 meter sepanjang dua kilometer.

Dua lagi jalan yang ditenggelami air ialah KM109 dan KM116 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan yang masing-masing ditutup sebelah laluannya.

"Bilik Gerakan Bencana negeri akan dibuka 24 jam untuk memantau keadaan," kata jurucakap itu.

Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai banjir di negeri itu boleh melayari laman web http://etindakan.terengganu.gov.my atau menelefon bilik gerakan berkenaan di nombor 09-6316021.

Manakala di Baling, Kedah, lapan kampung di sekitar Kupang yang membabitkan kira-kira 1,000 penduduk dilanda banjir awal hari ini.

Kampung terbabit termasuk kampung Landak Hilir, Belakang Panggung, Pekan Khamis, Banggol Lahar, Cenerai, Belakang Sekolah, Raja, Pekan Kupang dan kawasan di sekitar Sungai Kupang.

Banjir berpunca daripada hujan lebat sejak jam 9 malam tadi menyebabkan air sungai Kupang melimpah.
Ramli Mohd Nor, 36, dari Kampung Landak Hilir berkata dia tidak sempat menyelamatkan barang dalam rumahnya seperti kerusi meja, peti ais, televisyen dan almari pakaian kerana air naik begitu cepat.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Zulkifli Ramli ketika dihubungi Bernama berkata, JKM sedang membuat bancian mangsa banjir.

Beliau berkata, pihak JKM akan menyalurkan bantuan makanan kepada mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kebanyakan mangsa banjir gagal menyelamatkan kenderaan mereka ketika bertindak meninggalkan rumah.

P/s: Diharap semua yang terlibat mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan keadaan hujan yang berterusan untuk hari kedua. Fenomena alam ini telah banyak menyedarkan kita bahawa Allah s.w.t. mampu membuat apa sahaja, oleh itu, marilah kita berserah dan berdoa semoga kita semua dirahmati dan dilindungi-NYA daripada bencana alam yang melanda teruk diseluruh dunia pada masa kini.

Sumber rujukan:

Bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Banjir Di Terengganu Dan Kedah 2011 Adakah Keadaan Akan Lebih Dahsyat? By Mohd Rohaizad. Published: 29.3.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...