CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Kontroversi GAY Raja Azmi 'Dalam Botol' Raih RM1 Juta Dalam Masa 5 Hari Tayangan




Biarpun menerima kecaman dan kritikan pelbagai pihak sebelum ini, penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman membuktikan filem terbarunya "Dalam Botol" diterima ramai apabila mencatat kutipan RM1 juta selepas lima hari ditayangkan.

Raja Azmi berkata kutipan tersebut di luar jangkaannya memandangkan filem yang diterbitkan beliau sebelum ini tidak pernah meraih jumlah sebanyak itu.

"Bagi saya, filem "Dalam Botol" ini merupakan satu usaha dakwah saya untuk mengingatkan masyarakat agar jangan terpengaruh dengan budaya gay yang dianggap 'tabu' di negara ini.

"Dari satu sudut lain, keupayaan filem "Dalam Botol" meraih kutipan sebanyak RM1 juta satu petanda bahawa orang ramai menonton filem tersebut. Itu sebabnya saya sangat percaya bahawa lebih ramai akan menonton filem "Dalam Botol" selepas ini," katanya ketika ditemu bual dalam program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24 hari Selasa.

Filem "Dalam Botol" arahan Khir Rahman bersandarkan kepada konflik percintaan pasangan sejenis dan disifatkan sebagai percubaan berani dalam membuka dimensi baharu filem Melayu dengan memaparkan isu realiti namun 'tabu' menerusi layar perak.

Dalam pada itu, Raja Azmi berkata pihaknya tidak berhasrat menghantar filem tersebut ke festival gay sekalipun dijemput kerana ia bukan sebuah filem gay.

Katanya, jika filem itu gagal mengaut keuntungan yang disasarkan, beliau nekad untuk berhenti membikin filem baharu pada masa akan datang.

P/s: Terlebih dahulu saya ucapkan "Tahniah" kepada Raja Azmi, para pelakon dan krew-krew yang terlibat kerana berjaya dalam membuat filem tersebut. Pada pendapat saya, filem-filem yang sensasi atau kontroversi selalunya mendapat tempat dihati penonton. Filem buatan Raja Azmi ini haruslah dipandang positif oleh segelintir yang suka mengkritik membuta tuli dan menyekat kreativiti dalam berkarya. Diharap filem ini dapat menyedarkan golongan yang telah tersongsang ini kembali ke pangkal jalan dan masyarakat janganlah pandang rendah golongan ini dan terimalah mereka seadanya.


Sumber rujukan:
BERNAMA

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Kontroversi GAY Raja Azmi 'Dalam Botol' Raih RM1 Juta Dalam Masa 5 Hari Tayangan By Mohd Rohaizad. Published: 30.3.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...