CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Terbitan Malaysia - Hikayat Merong Mahawangsa Kutip Lebih RM6 Juta



 Hikayat Merong Mahawangsa - Filem buatan Malaysia


Berita dari Kuala Lumpur melaporkan KRU Studios berjaya melepasi sasaran awal RM6 juta selepas memungut RM6.3 juta untuk filem terbaru terbitannya, Hikayat Merong Mahawangsa yang ditayangkan sejak 10 Mac lepas.

Menurut penerbit filem berkenaan iaitu Norman Abdul Halim berkata pencapaian itu menunjukkan masyarakat di negara ini boleh menerima genre filem berbentuk kenegaraan yang dipaparkan filem tersebut.

"Ini satu petanda baik kerana kebiasaannya, filem tempatan yang mendapat sambutan baik adalah bercorak komedi atau seram," katanya kepada pemberita selepas tayangan filem itu yang dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz, mewakili Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Norman berkata selain Singapura dan Brunei, kira-kira 69 negara lain dijangka menayangkan filem itu secara berperingkat mulai Mei hingga Ogos ini.

Beliau berkata kejayaan filem itu, yang menelan kos sebanyak RM8 juta dan mengambil masa 21 bulan untuk disiapkan, mampu menjadi batu loncatan kepada produksi tempatan lain menghasilkan karya bermutu serta bertaraf antarabangsa.

Filem berkenaan mengisahkan perjuangan raja kerajaan Langkasuka, Merong Mahawangsa lakonan Stephen Rahman Hughes untuk membebaskan Puteri Raja China lakonan Jing Lu Si dari cengkaman kerajaan Geruda yang menculiknya.

P/s: Saya begitu tertarik dengan filem ini kerana kelainan yang dipaparkan, sebelum ini kita hanya tahu cerita ini melalui buku cerita mahupun buku sastera tetapi apabila difilemkan dengan bajet yang tinggi dan berkualiti membuatkan saya kagum dengan karya KRU studios! Cayalah anak tempatan Malaysia mampu membuat filem gempak ini sehingga ditayangkan lebih 70 negara. Syabas diucapkan! :D


 Sumber rujukan:
-KRU Studios
-BERNAMA

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Terbitan Malaysia - Hikayat Merong Mahawangsa Kutip Lebih RM6 Juta By Mohd Rohaizad. Published: 31.3.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...