CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Gambar Banjir Di Perlis Mac 2011 Semakin Teruk Dengan Banyak Mangsa Dipindahkan










         Gambar Banjir Di Perlis 30 Mac 2011


Berita dari Kangar melaporkan jumlah mangsa banjir di Perlis meningkat apabila 416 mangsa daripada 120 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan banjir sehingga pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri, berkata angka itu bertambah berbanding 306 mangsa pada malam tadi. 

Kawasan yang dilanda banjir termasuk di kawasan Bintong, Sena dan Santan. 

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu meninjau kawasan-kawasan banjir sejak semalam dan bertemu mangsa-mangsa di beberapa pusat pemindahan.

Beliau menasihati orang ramai di kawasan banjir supaya mematuhi arahan berpindah berikutan paras air yang meningkat.

Sementara itu, data paras air sungai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan Sungai Korok di utara Perlis melepasi paras bahaya dengan ketinggian 29.80 meter sehingga jam 9.15 pagi ini.

Paras bahaya sungai itu ialah 29.60 meter.


Sumber rujukan:
-JPS Perlis
- BERNAMA

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Gambar Banjir Di Perlis Mac 2011 Semakin Teruk Dengan Banyak Mangsa Dipindahkan By Mohd Rohaizad. Published: 30.3.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...