CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

GSTT Diserap Jadi GST - Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bakal Dihapuskan?




 GSTT Diserap GST Yang Dimaklumkan Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi Sebelum Ini


Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat keputusan untuk tidak menambah bilangan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) adalah bagi memastikan GSTT sedia ada dapat diserap menjadi guru sandaran terlatih (GST) terlebih dahulu selepas latihan ikhtisas diberikan kepada mereka.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata semua GSTT yang telah berkhidmat lebih dua tahun dan berusia tidak melebihi 35 tahun akan diberikan latihan tersebut dan berpeluang diserap menjadi GST.

"Bagi sedikit masa kepada kementerian untuk membuat perkara ini. Jangan ada orang kata kita tidak mengambil GSTT. Kita kena tengok kenapa kita tidak ambil GSTT.

"Kalau kita masukkan sahaja (GSTT) dan hantar ke latihan ikhtisas perkara ini tidak akan selesai. Kita mahu habiskan dulu apa yang ada dan masukkan dalam sistem," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan kerajaan menarik balik surat penamatan perkhidmatan GSTT dan mahu menyerap mereka menjadi GST.

Wee berkata, pada masa Kementerian Pelajaran sedang meneliti dan mengenal pasti setiap data dan statistik mengenai GSTT yang ada di seluruh negara sebelum latihan tersebut dapat diberikan kepada mereka.

P/s: Maka terjawablah soalan-soalan GSTT sebelum ini, kontrak mereka tidak akan disambung untuk tahun 2011 mahupun tahun hadapan. Harapan adalah sangat TIPIS, jika GSTT 2011 diserap menjadi GST maka sudah tentu tiada lagi GSTT akan diambil seperti dahulu. Saya harap GSTT yang masih menunggu panggilan  JPN dan PPD carilah kerja lain. Janji-janji manis yang ditaburkan sebelum ini usah lagi dikenang.


Sumber Rujukan:

- BERNAMA

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

GSTT Diserap Jadi GST - Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bakal Dihapuskan? By Mohd Rohaizad. Published: 30.3.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...