CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Qazaf: Datuk Seri Jamil Khir Baharom Dan Datuk Mashitah Ibrahim Mendiamkan Diri


Pada 26 March 2011 - Berkenaan kes isu qazaf, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, beliau memilih untuk mendiamkan diri dalam isu-isu yang didakwa pihak tertentu sebagai qazaf atau maksudnya ialah tuduhan zina kerana ia membabitkan pihak berkuasa seperti polis.

Katanya dalam hal itu pihak-pihak yang berkaitan perlu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut."Mereka kata saya mendiamkan diri. Kalau rasa itu tuduhan bawa kepada polis dan mahkamah yang berkaitan. Hal ini perlu dilaporkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas meraikan konvoi motosikal Pemuda Umno Padang Besar, Perlis di sini hari ini.

Sebuah akhbar yang dikaitkan dengan pembangkang, Fitrah dalam laporannya mengatakan Jamil Khir dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak bersuara dalam isu qazaf seperti tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu video lucah palsu yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, fatwa berbeza antara negeri-negeri dalam sesuatu perkara bukanlah sesuatu yang mengelirukan tetapi bagi memperlihatkan pandangan yang luas dalam isu berkaitan.

Katanya, fatwa bukanlah undang-undang, jadi ia tidak akan sampai ke tahap menimbulkan konflik. Ketika berucap pada majlis itu, Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah berkata, trend kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini menunjukkan pengundi muda sudah kembali kepada BN. "Walaupun beberapa pilihan raya kecil yang awal selepas Pilihan Raya Umum 2008 berpihak kepada pembangkang tetapi kini sejak akhir-akhir ini BN pula yang menang. Keputusannya sekarang dah jadi 8-8...seri," katanya.




Kita imbas kembali isu qazaf ini, pandangan oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi:


Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”
- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Menurut Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, “Sedangkan persoalan qazaf patut dibicarakan dahulu kerana ia menyentuh kewibawaan dan kredibiliti si penuduh. Kalau ia disabitkan dengan qazaf, maka kata Sheikh Yusuf, persaksian si penuduh tidak boleh diterima selama-lamanya kerana ia termasuk golongan fasiq,” katanya.


Menurut artikel daripada Halaqah.net yang bertajuk Mubahalah dan Qazaf di negara sekular..?
Mubahalah dan Qazaf

Keinginan umat Islam untuk kembali kepada syariat Islam semakin ketara khususnya kebelakangan ini. Umat semakin cenderung merujuk kepada syariat Islam dalam mencari penyelesaian. Ini merupakan perkembangan yang positif. Alhamdulillah, dengan izin Allah, semua ini merupakan berkat usaha para pendakwah baik yang bergerak secara persendirian mahupun secara berjemaah seperti yang dilakukan oleh jamaah Tabligh, PAS, JIM, ABIM, -no comment-, PERKIM, MACMA dan sebagainya (just to name few) yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam menegakkan deen Allah di muka bumi. Tidak dilupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh badan-badan kerajaan seperti JAKIM dan BAHEIS.

Dalam isu tuduhan liwat DSAI baru-baru ini, umat Islam baik dari kalangan pemimpin, ulama’ dan juga rakyat kembali merujuk kepada perundangan Islam. Mufti Perlis, Dr. MAZA menganjurkan supaya kedua-dua belah pihak ber’mubahalah’, manakala DSAI sendiri membuat laporan qazaf terhadap Saiful.

Bahkan blogger terkemuka, RPK turut membangkitkan isu ini dalam post beliau baru-baru ini iaitu “Islamic law and Common Law”. Sungguhpun demikian, terdapat sedikit kekeliruan dalam artikel tersebut. Antaranya apabila beliau menyatakan, “It would be better if you can produce four witnesses to support your allegation or denial.” berkaitan isu sumpah antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan DSAI. Sebenarnya empat saksi itu diperlukan apabila seseorang itu menuduh individu lain melakukan perzinaan. Sedangkan isunya sekarang ialah tuduhan liwat (lelaki dengan lelaki) dan bukannya zina. Dalam Islam, tuduhan berbuat zina tanpa membawa empat orang saksi ini dikenali dengan istilah qazaf. Qazaf berbeza dengan mubahalah. Mungkin kekeliruan ini terjadi kerana isu yang ’diperbalahkan’ ialah isu seksual, jadi hukum qazaf juga terkait dengan isu ini. Harap beliau dapat memperbetulkannya.

Beliau juga keliru dengan peranan ulama’ dalam mubahalah. Dalam kes mubahalah, kedua-dua belah pihak yang terlibat bukanlah bersumpah kepada ulama’ tersebut. Sebaliknya peranan ulama’ tersebut hanyalah sebagai perantara / moderator bagi mubahalah yang dijalankan. Kalau tiada pun tak mengapa. Bahkan kalau sekadar nak buat lintas langsung di siaran televisyen pun tak mengapa di sisi syarak.

Saya juga kurang bersetuju dengan pendapat beliau yang dilihat sebagai menyokong keberadaan sistem dualisme perundangan, i.e. sistem perundangan Islam dan juga common law. Pada hemat saya yang tak seberapa ni, kewujudan dualisme perundangan akan hanya membawa masalah dan kecelaruan. Beliau menyatakan, “Let us look at another scenario. A man is caught with a woman in a hotel room and this woman is not his wife. What happens? If they are both not Muslims then nothing happens. But if one or both of them are Muslims, then they will be punished. But if they are both of ‘legal’ age and it is something between two consenting adults, how can they be punished? There is no common law that declares extramarital sex as a crime. However, it is a crime as far as Islam is concerned, so if you are a Muslim then Islamic laws will apply whereby you will certainly be punished.”

Itu apabila isu melibatkan kedua-duanya Muslim ataupun kedua-duanya non-Muslim. Masalah tidak akan timbul apabila ia melibatkan isu yang “clear cut” sebegini. Namun, bagaimana jika terjadi isu yang melibatkan antara Muslim dan non-Muslim? Sudah tentu akan terjadi percanggahan dari segi bidang kuasa antara mahkamah syariah dan juga mahkamah sivil. Bagaimana pula dengan isu perebutan mayat seorang muallaf yang memeluk Islam sebelum meninggal dunia?

Di samping banyak menimbulkan kekeliruan, penerapan dualisme perundangan juga sebenarnya menjadikan kita individu yang hanya mengambil sebahagian sahaja daripada Islam, dan meninggalkan sebahagian yang lainnya. Dalam erti kata lain, kita hanya mengambil hukum Islam apabila ia melibatkan sesama Muslim, dan juga dalam hal-hal nikah kahwin, puasa, zakat, haji, dan sebahagian yang lain. Kalau ada pun hukum berkaitan jenayah lain (seperti menuduh / memfitnah tanpa mengemukakan bukti), hukuman yang ditetapkan oleh mahkamah syariah bukanlah diambil daripada sumber Islam. Sebaliknya ia diambil berdasarkan ketentuan akal para penggubal undang-undang. Kita tidak mengambil Islam secara kaffah seandainya kita menerapkan perundangan seperti hari ini.

Seperkara lagi, benarkah dalam hal-hal tertentu Islam tidak mengemukakan penyelesaiannya, atau dalam ertikata lain, berdiam sahaja? Firman Allah swt;

”… Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” Surah An-Nahl, ayat 89

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” Surah An-Nisaa, ayat 65

Justeru, pandangan bahawa Islam berdiam dalam hal-hal tertentu adalah lemah dan bertentangan dengan ayat yang dinyatakan tersebut. Bahkan menurut kaedah syarak, hukum asal sesuatu perbuatan ialah menurut hukum syarak, dan bukannya mubah sepertimana yang dipegang oleh segelintir umat Islam. Ini bermakna bahawa setiap perbuatan kita terikat dengan hukum syarak. Mana mungkin Islam tidak mengemukakan panduan dalam sesetengah perbuatan sekiranya kita dituntut untuk terikat dengan hukum syarak dalam setiap perbuatan kita. Kemudian, sekiranya kita mengambil common law sebagai sumber perundangan dalam hal-hal yang ’didiamkan’ oleh Islam, bermakna kita telah melanggar tuntutan yang terdapat dalam ayat 65 surah an-Nisaa yang saya kemukakan di atas.

Islam telah menyediakan garis panduan yang lengkap dan ini termasuklah dalam hal-hal pemerintahan dan juga pentadbiran negara. Hukuman bagi jenayah yang tidak dinyatakan secara eksplisit dalam al-Quran akan dihukum berdasarkan takzir. Manakala undang-undang berkaitan dengan kelancaran pentadbiran dan urus negara pula termasuk dalam bidang mukhallafat di mana pemerintah berkuasa menetapkan perundangan selagimana tidak bercanggah dengan syarak. Justeru, isu seperti “parking your car in a ‘no parking’ zone” ini termasuk dalam aspek mukhallafat. Namun, dalam sesetengah aspek, seperti pengutipan tol dan juga pengurusan sumber bumi, syarak telah mempunyai ketetapannya secara khusus, dan pemimpin tidak berhak untuk membuat undang-undang sendiri.

Pengutipan tol adalah haram, kerana sudah menjadi kewajipan bagi Negara untuk menyediakan jalan yang selamat untuk rakyatnya. Justeru, adalah tidak wajar untuk mengutip tol sedangkan ia merupakan tanggungjawab sebuah negara. Demikian juga dengan sistem pendidikan dan juga hak-hak rakyat yang lainnya. Berkenaan pengurusan sumber bumi pula, seperti minyak, syarak telah menetapkan hukum berkenaan kepemilikannya. Sumber-sumber yang ’melimpah ibarat air’ telah ditetapkan menjadi kepemilikan umum, dan tidak boleh dimonopoli oleh individu atau syarikat, mahupun dijadikan milik negara.

Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr. MAZA ada menerangkan serba sedikit tentang mubahalah dan juga peristiwa yang melibatkan perbuatan tersebut dalam artikel beliau yang disiarkan dalam Bicara Agama, Utusan Malaysia. Sila baca artikel tersebut serta rujuk kepada ustaz/ah atau mereka yang pakar dalam hukum ini bagi mendapatkan kepastian. Betulkan saya sekiranya saya tersilap.

Berkenaan qazaf pula, ia boleh ditakrifkan sebagai melemparkan tuduhan zina terhadap orang yang baik ataupun menafikan keturunannya (menuduh sebagai anak haram). Qazaf terbahagi kepada dua, iaitu qazaf yang boleh membawa kepada hukuman hudud, ataupun yang hanya ditakzir.

Qazaf yang dikenakan hudud ialah apabila seseorang yang mendakwa tuduhan zina gagal mengemukakan empat orang saksi. Hal ini telah termaktub dalam al-Quran dan dinyatakan dengan jelas akan bentuk hukumannya, iaitu hukuman sebat sebanyak 80 kali dan dia hilang kewibawaan sebagai seorang saksi sesudah sabit kesalahan. Firman Allah swt;

” Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”. Surah An- Nur ayat 4

Syarat bagi seseorang itu supaya dia boleh disabitkan kesalahan dengan perbuatan qazaf ialah seperti berikut;

1. Berakal

2. Baligh

3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa

4. Mengetahui haramnya Qazaf

5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.

Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka. Ini sebagaimana berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

“Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya”.

Riwayat Bukhari dan Muslim

Bagi qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir pula adalah perbuatan seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arak atau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah maruah seseorang dan menghinanya.

Berdasarkan pengkelasan sebegini, maka laporan qazaf yang dibuat oleh DSAI jatuh kepada kategori yang kedua, iaitu qazaf yang mana pesalahnya dijatuhkan hukuman takzir. Hal ini kerana bukan isu zina yang dibangkitkan di sini, namun dakwaan yang dibawa boleh menjatuhkan maruah beliau.

Dalam isu ini, saya tidak akan membuat sebarang keputusan mahupun menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak, memandangkan saya tidak mengetahui sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut. Sekali lagi ingin saya tegaskan, bahawa saya berpegang kepada prinsip tidak bersalah sehingga terbukti sabit kesalahan (innocent until proven guilty).

Kesimpulan

Sungguhpun kesedaran terhadap penerapan syarak dalam menguruskan permasalahan umat semakin meningkat, namun keadaan masih lagi tidak banyak berubah. Secara umum, kita masih lagi kekal dalam status quo yang rata-ratanya mengabaikan syarak dan juga mengagungkan sistem yang berteraskan akal manusia. Kita sibuk membangkitkan soal-soal hukum bagi sesetengah isu, namun dalam masa yang sama kita mengabaikan tuntutan untuk menerapkan syariat Islam secara total dalam kehidupan. Kita disibukkan membincangkan soal-soal hukum secara akademik, namun kebanyakan kita masih lagi keberatan untuk turut sama berusaha untuk merealisasikannya dalam kehidupan.

Ketahuilah bahawa Islam bukan sekadar fikrah semata-mata, sebaliknya Islam turut mempunyai thariqahnya yang wajib untuk diterapkan dalam kehidupan baik per individu, masyarakat, mahupun di peringkat negara dan hubungan antarabangsa.



p/s: Pada pandangan penulis blog, isu qazaf ini akan diabaikan oleh pihak pemimpin kerajaan yang sedia ada kerana ada niat atau kepentingan peribadi mahupun untuk kroni. Walaubagaimanpun, Allah s.w.t. itu Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui, andaI pihak yang membuat fitnah itu terlepas di dunia, tetapi di AKHIRAT, Insya Allah akan menerima balasan yang setimpalnya. Sama-samalah kita berdoa agar fitnah-fitnah ala Dajjal ini dihapuskan dan membuka mata masyarakat Malaysia yang dikaburi oleh media-media arus perdana yang berat sebelah. ANDA SEMUA MAMPU MENILAI YANG MANA BENAR DAN YANG MANA PALSU.

Sumber Rujukan: BERNAMA, Berita Harian, Halaqah.net, Harakahdaily.net dan lain-lain lagi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Qazaf: Datuk Seri Jamil Khir Baharom Dan Datuk Mashitah Ibrahim Mendiamkan Diri By Mohd Rohaizad. Published: 27.3.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...