CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kopitiam Bee Di Royapettah, Chennai, India - Bee's Kopitiam (Original Taste of Asia)




Chong Bee Bee atau lebih dikenali sebagai Aunty Bee dikalangan pelanggannya, berasal dari Sungai Petani, Kedah. Seorang bekas pramugari dari Malaysia yang memperolehi pendapatan gaji yang tinggi dan kita sangat jarang-jarang dengar ada yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan terutamanya dalam industri makanan di tempat yang begitu asing seperti di Selatan India iaitu di Royapettah, Chennai, di katakan beliau memperolehi resepi ini berdasarkan dari panduan masakan daripada nenek beliau.

Aunty Bee menjadi pelopor kepada idea ini, dengan membuka cawangan "bee's kopitiam" pertamanya dengan kemudahan yang sudah selesa bagi pelanggan di Express Avenue Mall di Chennai, India. Beliau membuktikan bahawa kita tidak memerlukan ijazah universiti atau dana yang banyak diperlukan untuk merealisasikan impiannya dalam industri makanan tersebut.

"Ia satu impian tercapai. Saya telah merancangnya sejak 10 tahun lepas. Saya mahu mulakan satu konsep yang senang dengan satu jenis makanan dan saya pilih Chennai kerana kebanyakan orang disini tahu bertutur bahasa Inggeris dan juga mesra," kata usahawan berusia 39 tahun.

Setelah berkhidmat dengan Singapore Airlines (SIA), beliau berhenti bekerja dan memulakan kehidupan berkeluarga dan kemudian berpindah ke Chennai dengan suaminya yang merupakan seorang konsultan IT yang berbangsa Perancis, di mana beliau membuat sedikit kerja-kerja sajian sebelum menceburkan diri dalam perniagaan makanan.

Pada Jun lepas, beliau akhirnya menceburkan diri dalam industri makanan yang kompetitif, dengan membuka sebuah cawangan menjual masakan Malaysia seperti char kuey teow, nasi ayam, rendang, sate, roti canai dan mi goreng di Chennai di mana ramai rakyat asing serta Malaysia tinggal di bandar raya itu.

"Saya ada kira-kira 16 resepi makanan utama dalam hidangan. Saya tidak mencampuradukkan rasanya dengan makanan India. Saya cuba kekalkan keaslian makanan. Rakyat India mula membiasakan diri dengan rasa masakan Malaysia," tambah beliau yang dibantu dengan sembilan kakitangan.

"Rendang saya dijual dengan laris dan sate saya juga sangat laris. Pada hari Khamis dan Jumaat, saya hidangkan ketam cili. Idea saya ini untuk mereka yang menghargai makanan saya. Kini saya mempunyai pelanggan tetap dan saya tidak menghadapi saingan di sini yang menjual makanan tempatan India, Thai dan Barat," kata beliau lagi.

Dengan mempunyai kemahiran dalam industri hospitaliti, beliau berhasrat untuk membuka sebuah lagi restoran berorientasikan Perancis di India, iaitu rancangan pada masa tuanya oleh seorang ibu kepada dua anak remaja perempuan.

p/s: Tahniah saya ucapkan kepada Puan. Chong kerana membawa masakan Malaysia ke Chennai, India. Diharap beliau akan berjaya dalam bidang yang diminati ini sambil meluaskan lagi pernigaannya di India agar masakan Malaysia lebih dikenali dimana jua. Syabas! :)


Aunty Bee bersama pekerja beliau


Lokasi:

Express Avenue Malla di Jalan Putih bersebelahan dengan menara jam di daerah Royapettah, Chennai, India.

Waktu operasi dari 11:30 pagi - 9:30 malam, di tingkat tiga di food court.



Anda boleh menghubungi atau mengikuti mereka di:







Sumber rujukan:

Laman web: http://kopitiam.beehospitable.com/
BERNAMA

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kopitiam Bee Di Royapettah, Chennai, India - Bee's Kopitiam (Original Taste of Asia) By Mohd Rohaizad. Published: 27.3.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...