CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ahmad Idham - Bakal Bergelar Doktor Sambung Phd Di UUM


Tahniah diucapkan kepada Ahmad Idham yang bakal menyambung pelajarannya ke peringkat phd yang suatu hari nanti mungkin dapat habiskannya akan bergelar Dr Ahmad Idham dari UUM. Marilah sama-sama kita doakan beliau berjaya dalam bidang hiburan dan akademik agar beliau dapat menjadi artis pengarah teladan yang baik kepada masyarakat.

Walaupun sibuk dengan promosi filem terbaru arahan dan terbitannya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, telah menerima tawaran untuk menyambung pelajaran dalam peringkat PhD industri, yang ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia, dengan penyerahan borang kemasukan kepada Naib Canselor universiti berkenaan, Yang Berbahagia Prof Dato Dr Mohamed Mustafa Ishak di Sintok, baru-baru ini.

Dengan penerimaan kemasukan ke sesi pembelajaran terbabit, Ahmad Idham, selaku penerbit, pengarah juga pelakon dijangka akan bergelar Doktor dalam tempoh minimum dua tahun lagi.

Mengulas mengenai permohonan Ahmad Idham yang memilih untuk menyambung pengajian di universiti berkenaan, Prof Dato Dr Mohamed Mustafa berkata, ianya akan memberikan input terbaik buat universiti juga industri perfileman tempatan. PhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri. Ianya bakal menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industri dan ahli akademik dalam melahirkan profesional yang berpengetahuan tinggi.

“Beliau (Ahmad Idham) akan menghasilkan tesis PhD yang berasaskan bidang perfileman tempatan, terutamanya berkaitan permasalahan, cabaran juga bagaimana mengatasi halangan terbabit, dalam memastikan industri ini mampu berdaya saing dengan industri filem serantau dan global.”

“Selain itu, dengan penghasilan tesis itu juga mampu dijadikan bahan rujuk dan kajian kes untuk pemain-pemain industri yang lain, selain membantu penggubal dasar dalam membantu untuk mempertingkatkan industri perfileman tempatan, “ ujar beliau dalam sesi berkenaan.

Bagi Penyelaras Program Akademik Khas Selebriti, Universiti Utara Malaysia, Encik Mohd Idzwan Yacob berkata, pemilihan Ahmad Idham, merupakan satu bentuk pemindahan kejayaannya dalam industri perfileman tempatan ke medium akademik yang mampu menjana pemikiran penuntut.

Buat Ahmad Idham, pemegang ijazah perakaunan dari sebuah universiti tempatan, inisiatif beliau untuk melanjutkan pengajian dalam bidang PhD merupakan satu intepretasi usahanya dalam membantu mempertingkatkan industri perfileman tempatan.

“Akademik merupakan minat saya semenjak dahulu, bila mengetahui UUM ada menawarkan program PhD Industri, ianya merupakan satu peluang yang harus direbut,” kata Idham. Beliau juga berharap pemindahan kejayaannya dalam industri perfileman tempatan ke dalam medium dan konteks akademik bakal menjana perspektif baru dalam menjayakan agenda membawa industri perfileman tempatan ke persada global. Diharap ianya menjadi pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi dalam memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya.

Kursus PhD Industri ini mempunyai tempoh minimum selama dua tahun bagi setiap pelajar untuk melengkapkan pengajian mereka dibawah seliaan seorang penyelia yang dilantik oleh universiti. Selain itu, Universiti Utara Malaysia juga turut menawarkan pengajian peringkat pra siswazah kepada selebriti tanahair di dalam bidang komunikasi, yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia, cawangan Kuala Lumpur.-Gua

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ahmad Idham - Bakal Bergelar Doktor Sambung Phd Di UUM By Mohd Rohaizad. Published: 21.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...