CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Akibat Kura-Kura, Polis dan Pengawal Keselamatan Dibelasah Di Terengganu


Nak tergelak pun ada.. ada pulak sebab selisih faham tentang penjagaan kura-kura membawa kepada pergaduhan sampai nak parang-parang orang.. Ke ada motif lain sebenarnya? Hmm.. apa-apa pun kisah sebenarnya belum terungkai lagi.. mungkin ada kisah sambungan selepas ini..

Bernama di Kuala Terengganu melaporkan, akibat perselisihan faham berhubung siapa yang sepatutnya menjaga seekor kura-kura, seorang anggota polis dan adiknya cedera dibelasah lima lelaki dalam satu pergaduhan berhampiran sebuah pasar raya di Permaisuri, Setiu, semalam.

Kejadian itu berlaku apabila pengawal keselamatan berusia 22 tahun itu dilaporkan ingin menyerahkan seekor kura-kura untuk dijaga oleh seorang rakan wanitanya berusia 20-an, pada pukul 7.30 malam.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba datang dua lelaki dipercayai kawan kepada wanita itu terus mengajak mangsa ke belakang bangunan pasar raya itu dan akibat tidak puas hati dengan tindakan itu telah membelasah mangsa.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Supritendan Rohaizat Abd Ani berkata, mangsa sempat menghubungi abangnya berusia 26 tahun yang merupakan seorang anggota polis yang bertugas di daerah Setiu.

Semasa abang mangsa cuba meleraikan pergaduhan, secara tiba-tiba datang tiga lagi lelaki dengan dua daripadanya membawa dua bilah parang dan melibas mangsa dan akibatnya anggota polis itu cedera di bahagian bawah mata manakala adiknya cedera di pergelangan tangan, katanya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Akibat Kura-Kura, Polis dan Pengawal Keselamatan Dibelasah Di Terengganu By Mohd Rohaizad. Published: 12.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...