CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

'Sebelum aku pergi' lirik terakhir Seri Bayu - Jamaludin Sulik Meninggal Dunia


"Sebelum Aku Pergi" adalah lirik lagu terakhir yang dicipta oleh Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 45, yang meninggal dunia di Hospital Port Dickson 8.30 malam tadi akibat penyakit saraf.

Lirik itu dihasilkannya beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia, khusus untuk anak angkatnya Nazira Abdul Ghani, 16, yang baru mahu bertapak di bidang seni. 

"Dia menyiapkan lagu ini dengan bahasa isyarat dengan dibantu oleh Nazira. Lagu dan lirik ini ditulis dalam dua minggu terakhir hidup Allahyarham. 

"Lirik yang ditulis untuk lagu berkonsepkan balada ini banyak menyentuh kesedihan Allahyarham terutama mengenai masalah penceraian dengan isteri keduanya." kata abang angkat Allahyarham, Abdul Ghani Pandak Sidi.

Abdul Ghani berkata, Seri Bayu dimasukkan ke Hospital Port Dickson pada Jumaat lalu apabila tiba-tiba diserang sakit kuat akibat jangkitan kuman dalam paru-parunya.

Penulis lirik kelahiran Singapura yang juga bekas wartawan ini menderita sakit lumpuh selama enam tahun akibat masalah saraf.

Sepanjang tempoh itu, Allahyarham dijaga oleh adik-beradik angkatnya yang tinggal di Shah Alam, Serdang dan kali terakhir di rumah Abdul Ghani.

Antara bait lirik lagu Sebelum Aku Pergi ialah:

"Lukaku simpan dalam senyuman. Menangis hatiku siapa yang tahu".

Nazira hanya termenung melihat helaian lirik lagu itu yang ditunjukkan oleh Abdul Ghani dan tidak dapat menjawab semua pertanyaan wartawan kerana terlalu sedih dengan pemergian ayah angkatnya itu.

Seorang sahabat lama Allahyarham, Azmi Zahari memberitahu bahawa Allahyarham berkahwin dua kali tetapi kedua-duanya tidak bertahan lama.

"Saya tidak pernah berjumpa dengan anak-anak Allahyarham tetapi beliau ternyata amat sayangkan mereka. Potret lima anaknya dengan isteri pertama menjadi pengubat Allahyarham ketika rindu," katanya.

Azmi berkata, beliau telah merancang untuk mengadakan konset kebajikan untuk Seri Bayu pada tahun lalu bersama dengan beberapa orang artis tempatan tetapi konsert itu tidak dapat diteruskan akibat masalah tertentu.

"Saya rasa sepanjang hayat Allahyarham, beliau telah menulis sebanyak lebih daripada 2,000 lirik lagu. Artis yang mendapat khidmat penulis ini ialah Jamal Abdillah dan Anita Sarawak," katanya.

Artis tempatan yang dikatakan mendapat khidmat terakhir Allahyarham tahun lalu ialah penyanyi Sheeda melalui lagu "Muah Muah Sayang".

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telok selepas solat Zuhur tadi. 

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik.. semoga roh allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T..

Sumber rujukan: Bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

'Sebelum aku pergi' lirik terakhir Seri Bayu - Jamaludin Sulik Meninggal Dunia By Mohd Rohaizad. Published: 3.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...