CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ashraf Muslim Nikah Isteri Seorang Doktor 2011


Tahniah diucapkan kepda Ashraf Muslim yang bakal bertunang pada bulan ini malah akan bernikah pada tahun 2011 ini juga. Wah.. Isteri seorang doktor, kalau sakit senang dirawat ni. Semoga hubungan mereka direstui dan doakan kebahagiaan mereka ya. Amin..

Menurut wartawan Murai, akhirnya teka-teki mengenai status pelakon kacak, Ashraf Muslim terjawab juga apabil pelakon siri Nurkasih tersebut mengesahkan sendiri bahawa dia bakal bertunang dengan seorang wanita yang juga bakal doktor pada 23 April 2011 ini.

Namun begitu, Ashraf Muslim yang popular menerusi filem Aku Masih Dara ini masih belum bersedia untuk mendedahkan tentang siapakah buah hatinya itu sehinggalah tibanya majlis pertunangannya yang bakal diadakan di rumah perempuan yang terletak di sebelah Gombak.

Apa yang pastinya, kata Ashraf Muslim selepas majlis pertunangan itu berlangsung pada pukul 10 pagi itu , dia juga akan mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari pada hari yang sama.

"Saya tak bersedia lagi hendak mendedahkan siapa bakal tunang saya. Jika mahu mengenali selebihnya siapa tunang saya itu, jemputlah datang ke majlis pertunangan dan perasmian klinik saya nanti. Apa yang boleh saya beritahu dia berusia 24 tahun dan kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka," katanya kepada murai.com.my

Tambah Ashraf lagi, dia mengenali wanita itu sudah lebih setahun lalu dan sudah berhasrat untuk menyunting wanita tersebut pada bulan lalu.

"Apa yang boleh saya katakan, perkenalan kami bermula ketika bertemu di klinik saya kemudian kami terus berkawan rapat. Dia seorang yang bertudung, solehah, sedap mata memandang dan saya memang cukup selesa dengannya.

"Lagipun, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini," ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Ashraf, sejak sibuk dengan klinik dia sudah kurang berlakon dan akan berhenti berlakon untuk tahun ini.

"Memandangkan saya baru bukak secara rasmi klinik saya pada tahun ini, jadi saya mengambil keputusan untuk fokus dahulu dengan klinik saya pada tahun ini.

"Jika saya sambung berlakon pun saya akan cuba mengelak dari melakukan adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa menjayakan sesi fotografi. Jadi, saya juga akan cuba mengelak untuk bergambar berdua-duaan dengan wanita . Harap semua pihak meghormati keputusan saya," tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ashraf juga muncul di program Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada setiap Jumaat, pukul 8 hingga 10 pagi. Ashraf akan mengendalikan sebuah slot yang memaparkan tentang cara perubatan Islam.-Murai

Dikemaskini: Siapakah Bakal Tunang Dan Isteri Ashraf Muslim? Telah Dikenalpasti.



Hasil siasatan pembaca yang suka berspekulasi cerita mengenai pelakon kesayangan mereka ini telah membawa kepada persoalan, “Siapakah bakal tunang atau isteri Ashraf Muslim ni ya?”

Menurut maklumat yang dikumpul, gadis tersebut yang dipercayai bernama Noor Dayana merupakan anak kedua dan bekas pelajar perubatan di University Manipal, Melaka.

Dipercayai juga, gadis tersebut mempunyai kaitan yang rapat dengan rakan kongsi Ashraf Muslim dalam klinik perubatan Islam iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah.

Apa pun, ini semuanya spekulasi semata-mata. Ramai peminat terutamanya golongan wanita tertanya-tanya adakah gadis yang disebutkan tepat dengan pilihan Ashraf Muslim. Buat masa ini, terdapat pembaca sudah menjumpai gambar gadis tersebut, namun ia diblur-kan untuk menghormati dan memberi laluan kepada Ashraf Muslim memperkenalkan sendiri cinta buah hatinya sendiri.

Siasatan pembaca juga menyebut, keluarga bakal tunang Ashraf Muslim ini baik-baik orangnya. Malah, adik-beradik bakal tunang Ashraf Muslim turut membuat Ph.D untuk kajian kanser di sebuah university di Australia.-OhBulan

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ashraf Muslim Nikah Isteri Seorang Doktor 2011 By Mohd Rohaizad. Published: 18.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...