CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Astro Byond IPTV HD Internet Komunikasi Berkelajuan Tinggi


Kini Astro Byond IPTV berjaya langkah ke hadapan dengan produt terbaru yang mempunyai pelbagai kemudahan kepada para pengguna di Malaysia. Astro telah menawarkan program-program HD yang berkualiti tinggi dan laju bagi kepuasan pelanggan setianya dan akan terus giat meningkatkan perkhidmatan cemerlang mereka dalam bidang ini.

Dunia penyiaran digital Malaysia melangkah setapak lagi apabila Astro mengumumkan perkhidmatan terbarunya, Astro B.yond IPTV (TV Protokol Internet), yang menawarkan siaran TV, kemudahan jalur lebar dan komunikasi suara terbaik. Astro B.yond IPTV membawakan gaya hidup digital sebenar bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan keterhubungan global.

Usaha sama strategik Astro dengan TIME dotcom Berhad (TIME) untuk menyediakan perkhidmatan IPTV sejak Disember 2010 membawakan kemudahan berbilang saluran Astro dalam HD (Definisi-Tinggi) dengan fungsi Rakaman Video Peribadi (PVR) dan VOD (Video-atas-Permintaan). Perkhidmatan ini dibawakan menerusi kemudahan jalur lebar gentian 100% TIME dengan kelajuan internet terpantas di negara ini, serta komunikasi suara pada nilai terbaik untuk kediaman-kediaman di Malaysia.

Astro B.yond IPTV boleh diperolehi secara beransur-ansur kepada 167,000 kediaman di 730 bangunan berbilang kediaman (MDU) di Lembah Klang dan Pulau Pinang menjelang akhir tahun. Buat masa ini, Astro B.yond IPTV boleh didapati di 60 bangunan kediaman tinggi di sekitar Mont Kiara, KLCC, Bangsar dan Pulau Pinang dengan kerjasama TIME.

Astro B.yond IPTV disediakan dalam pakej jalur lebar fleksibel pilihan anda pada harga serendah RM128 untuk 3Mbps sebulan, yang boleh didapati di samping langganan Astro semasa. Pelanggan Astro B.yond IPTV boleh menikmati kemudahan jalur lebar kelajuan tinggi dan perkhidmatan VOD percuma, hanya sehingga 30 Jun 2011.

Berapa yang perlu anda bayar?

Pilih Pakej Broadband anda:

TF3, 3Mbps = RM128, TF6, 6Mbps = RM148, TF12, 12Mbps = RM218 atau TF24, 2Mbps = RM298
Pakej Astro sedia ada anda + Pakej HD & PVR + Pakej VOD + Pakej Broadband = Bayaran IPTV (yang perlu anda bayar)

Contoh:
Pakej Astro (RM90.00) + Pakej HD & PVR (Percuma) + Pakej VOD (Mengikut pilihan pelanggan) + Pakej TF6, 6Mbps (RM148) = Bayaran IPTV (RM238)

Astro B.yond IPTV: Hiburan di Rumah Luar Biasa dengan Perkhidmatan Berbilang

Pelanggan Astro B.yond IPTV akan menikmati pengalaman menonton TV yang luar biasa dengan teknologi pelopor industri terkini menerusi kotak ‘tri-brid’ yang beroperasi dalam semua mod – Satelit Terus ke Rumah (DTH), IPTV tulen dan juga mod hibrid DTH-IPTV. Apabila terhubung, kotak ‘tri-bird’ Astro B.yond boleh dihubungkan kepada rangkaian jalur lebar gentian TIME untuk menikmati perkhidmatan atas permintaan yang menyeluruh, memberikan lebih banyak pilihan dan tahap kawalan lebih tinggi bagi menyokong produk dan perkhidmatan Astro B.yond.

Astro B.yond IPTV ialah penyelesaian terbaik di rumah kerana ia bukan sahaja memenuhi gaya hidup ‘terhubung’ keluarga moden, tetapi juga keperluan maklumat, hiburan dan hubungan individu. Setiap kediaman akan diberikan lebar jalur terkhusus sebanyak 100 Mbps, yang cukup luas untuk menyokong 2 kotak Astro B.yond secara selari, masing-masing merakamkan sehingga 2 saluran HD serentak sambil menyaksikan sama ada salah satu saluran HD atau kandungan HD yang dirakamkan dan memuat turun program VOD ketiga dalam HD.

Sementara itu, sebanyak 30 Mbps lagi yang juga 30 kali lebih pantas daripada kemudahan 1 Mbps, digunakan untuk menyokong semua peranti terhubung seperti komputer riba, peranti tablet, telefon bimbit dan konsol permainan menggunakan Wi-Fi dalam setiap kediaman. Bagi pelayar Tonton, sambungan gentian ini akan memastikan tontonan lancar bagi setiap kandungan yang tersedia di platform Tonton. Sambungan gentian TIME dihubungkan terus ke rumah, memastikan kelajuan konsisten yang diperlukan dalam penyampaian IPTV serta kualiti Internet yang tiada tandingan.-Gua

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Astro Byond IPTV HD  Internet Komunikasi Berkelajuan Tinggi By Mohd Rohaizad. Published: 21.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...