CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Bakat Profesional Yang Pulang Ke Malaysia Diberi Insentif Cukai Pendapatan 15 Peratus


Baguslah kalau ada bakat-bakat kita yang di seberang laut atau luar negara yang ingin kembali menyumbangkan bakti dan ilmu di Malaysia.. Kebanyakan mereka ini memang terlibat dalam bidang profesional dan ada yang pakar dalam bidang-bidang yang kritikal.. Diharap mereka akan kembali semula ke Malaysia untuk memajukan bidang yang mereka belajar dan ceburi ke negara kita dengan ikhlas dan bukan mengharapkan sangat insentif dan faedah-faedah yang lain. Yang penting kita ingat asal-usul dan tidak lupakan diri.. "dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung".
 
Bernama melaporkan di Kuala Lumpur, sebagai insentif bagi memikat mereka di seberang laut, profesional rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air kini layak mendapat insentif 15 peratus bagi cukai pendapatan untuk tempoh lima tahun, demikian umum Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata beliau berharap insentif cukai pendapatan peralihan yang baru dan perubahan yang lain akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang bekerja di seberang laut dengan pelbagai pengalaman dan kepakaran, untuk kembali dan memainkan peranan aktif dalam transformasi ekonomi negara.

"Kita boleh menyampaikan dasar, kita boleh menyampaikan kerangka kerja tetapi semua usaha kita untuk menarik pelabur akan menjadi tidak bermakna kecuali kita juga dapat menyampaikan tenaga kerja pakar dan berkemahiran tinggi yang mereka perlukan untuk berkembang," katanya dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2011. 
 
Najib berkata dalam dunia yang memberi perhatian terhadap pengetahuan yang mendalam, ekonomi yang didorong oleh inovasi, negara memerlukan bakat-bakat tinggi bertaraf dunia – dan sebanyak mungkin yang boleh diperoleh. Beliau berkata Talent Corp akan memainkan peranan penting dalam program kepulangan pakar (REP) dan mempunyai parameter program dan kriteria kelayakan yang telah dikaji semula yang memenuhi keperluan Program Transformasi EKonomi. Secara ringkas, insentif fiskal sedia ada di bawah REP bagi insentif bebas cukai bagi dua buah kereta akan dihadkan kepada kereta yang dipasang dalam negara, kata Najib. 
 
Najib melancarkan Talent Corp pada 6 Disember lalu bagi menarik, mengekalkan dan membangunkan modal insan berkemahiran.

Perdana Menteri juga memberitahu para peserta mengenai pelbagai insentif yang diperkenalkan setakat ini bagi membantu menarik dan mengekalkan bakat terkemuka luar, termasuk Pas Residen.

"Kita telah membuka permohonan sejak April. Pas Residen merupakan penambahan dalam pas pekerjaan, menyediakan ekspatriat dengan tempoh pemegangan yang panjang selama 10 tahun dan juga dengan lebih fleksibel," katanya.

Sebagai tambahan, Najib berkata berkuatkuasa 1 April, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melaksanakan beberapa pembaharuan berhubung soal pas pekerjaan termasuk membenarkan tempoh sehingga lima tahun.

Sementara itu, Talent Corp dalam satu kenyataan berkata pakej insentif yang disemak semula yang telah diumumkan akan berkuatkuasa serta merta.

"Insentif itu hanya terpakai kepada pendapatan pekerjaan dan untuk lima tahun pertama berturut-turut apabila kembali ke Malaysia. Insentif baru itu boleh dibuat bermula tahun penilaian 2012," menurut kenyataan itu.

Insentif REP yang lain masih kekal, seperti pengecualian cukai bagi semua barangan milik peribadi yang dibawa ke Malaysia, membolehkan isteri dan anak-anak pemohon mendapat status penduduk tetap dalam tempoh enam bulan daripada permohonan dan membenarkan anak-anak belajar di sekolah-sekolah antarabangsa. Kenyataan itu juga berkata kriteria kelayakan kini memberikan penekanan terhadap pengalaman kerja yang berkaitan berbanding kelayakan yang memerlukan pemohon mempunyai ijazah dalam bidang berkaitan.

Kini pemegang diploma dengan sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman kerja di seberang laut layak untuk REP jika mereka mempunyai pengalaman industri berkaitan dalam Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).

Talent berkata secara rasional insentif pendapatan peralihan bagi meningkatkan sasaran bagi bakat bernilai tinggi dan bagi membantu menyesuaikan dengan pendapatan apabila kembali ke Malaysia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Bakat Profesional Yang Pulang Ke Malaysia Diberi Insentif Cukai Pendapatan 15 Peratus By Mohd Rohaizad. Published: 12.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...