CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Bandar Kuantan Akan Digabungkan Dengan Pekan Gambang Gebeng Jadi Konurbasi


Sumber maklumat daripada Utusan memaklumkan yang kerajaan akan memberi fokus untuk menjadikan kawasan Pekan, Gambang, Gebeng, Pelabuhan Kuantan dan Bandar Kuantan sebagai Konurbasi Kuantan iaitu sebagai pengelompokan bandar utama di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Konurbasi Kuantan bakal mengikut jejak langkah pengelompokan bandar-bandar utama terkenal seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
"Antara projek utama dalam Konurbasi Kuantan adalah Taman Automotif Pekan, Bandar Pelabuhan Kuantan, Taman Halal Gambang dan Kelompok Industri Minyak Sawit.

"Konurbasi Kuantan ini dikenal pasti sebagai pusat pertumbuhan utama negara yang akan memacu pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan mengimbangi ketidakseimbangan antara wilayah," katanya ketika berucap merasmikan Kompleks Pemasaran Setempat (CMC) di Taman Industri Automatif Pekan di sini hari ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Bandar Kuantan Akan Digabungkan Dengan Pekan Gambang Gebeng Jadi Konurbasi By Mohd Rohaizad. Published: 9.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...