CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Barisan Nasional (BN) Yakin Menang Jika Dun Perak Dibubarkan 2011


Adakah benar Barisan Nasional (BN) akan menang jika DUN negeri Perak dibubarkan pada tahun 2011? Tidak pasti lagi rasanya.. tetapi jika hendak cuba apa salahnya kan? Semakin panas isu-isu politik di Malaysia kini.. Macam-macam ragam kedua-dua belah pihak.
 
Barisan Nasional percaya ia mampu mengekalkan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan menang 34 kerusi jika DUN dibubarkan hari ini.

mca perak media night tajol rosli 010209 04ADUN Lenggong, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (kanan), ketika membentangkan usul terima kasih titah diraja, berkata BN telah “menjalankan analisisnya sendiri” dan jika pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi, prestasi BN Perak akan lebih baik daripada 2008.

Dalam pilihan raya umum Mac 2008, Umno menang 27 daripada 34 kerusi yang ditandinginya, manakala MCA menang ia satu kerusi, menyebabkan ia gagal mendapat majoriti mudah di DUN Perak.

Parti pembangkang DAP pula menang semua 18 kerusi yang ditandinginya, manakala PKR menang tujuh kerusi dan PAS menang enam kerusi. Berikutan itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) menjadi menteri besar Perak.

Bagaimanapun, tiga ADUN Pakatan Rakyat telah keluar parti mereka menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN, dan sekaligus mencetuskan krisis perlembagaan di negeri tersebut.

Kerajaan negeri Pakatan kemudiannya digulingkan dan diambilalih oleh BN yang melantik Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar.

Mengulas rungutan pembangkang terhadap tindakan BN mengambil alih pentadbiran negeri itu, Tajol Rosli mengkritik ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya pernah merancang satu rampasan kuasa pada 16 September 2008.

Memetik satu pepatah Melayu, bekas menteri besar Perak itu berkata “jangan jadi ketam yang mahu ajar orang orang lain berjalan lurus", katanya kepada ADUN Setiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, yang mencelah semasa ucapannya.

Tajol Rosli juga mengingatkan pembangkang supaya berhenti membangkitkan isu berhubung peralihan kuasa di Perak dan menuduh mereka merampas negeri itu.

Ngeh , bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau menentang rancangan 16 September, dengan berkata: “Saya menentangnya kerana saya percaya pada demokrasi dan pilihan rakyat."-Malaysiakini

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Barisan Nasional (BN) Yakin Menang Jika Dun Perak Dibubarkan 2011 By Mohd Rohaizad. Published: 13.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...