CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Bilik Mahkamah Bergerak Melalui Air Dan Udara Bakal Beroperasi Di Sarawak


Kini baru dalam perancangan akan diperkenalkan konsep Bilik Mahkamah secara Bergerak di Sarawak, tahun ini selepas pelaksanaan sistem tersebut di Sabah mencapai kejayaan positif. Dengan maksud lain semua yang terlibat akan menjalani perbicaraan secara bergerak dari satu tempat ke tempat lain terutamanya di dalam pedalaman Sarawak dengan menggunakan kemudahan air mahupun udara.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata Bilik Mahkamah Bergerak di Sarawak dijangka beroperasi dalam masa tiga atau enam bulan, tahun ini dan kini diperingkat sedang mengenal pasti kawasan yang memerlukan khidmat tersebut. 
Bercakap kepada pemberita selepas upacara penyerahan bangunan baru mahkamah baru Samarahan bernilai RM8.25 juta di sini hari ini, Nazri berkata bas yang diubahsuai akan digunakan dalam melaksanakan konsep itu. 
Terdahulu dalam ucapannya beliau, berkata perkhidmatan ini mula diperkenalkan pada 15 Mac 2011 di Donggongon, Penampang Sabah dengan mengubahsuai bas menjadi bilik bicara.

"Hasilnya sebanyak 16 kes didengar dan lima kes sudah ditutup pada hari berkenaan," katanya sambil menambah pegawai kehakiman yang terbabit ialah majistret, jurubahasa dan polis.

Beliau berkata, objektif utama pelaksanaan Bilik Mahkamah Bergerak ialah untuk memberi kemudahan kepada penduduk kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak terutama sekali saksi kepada sesuatu kes jenayah dan sivil untuk hadir dalam proses perbicaraan.

"Ini bermakna setiap saksi yang memberi keterangan tidak perlu hadir ke mahkamah sebaliknya bilik bicara yang akan datang kepada golongan tersebut," katanya.

Beliau berkata, konsep tersebut dapat membantu rakyat kawasan itu mengurangkan kos pengangkutan, penginapan dan kos kewangan lain.

Katanya, bawah Pelan Pusingan Kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh kerajaan akan membina mahkamah baru di Limbang dan Sri Aman serta menaik taraf mahkamah di Sibu dan tempat letak kereta bertingkat di Komplek Mahkamah Kuching.

Semua permohonan ini sudah dikemukakan dan status projek berkenaan masih dalam perhatian Jabatan Perdana Menteri dan Unit Perancang Ekonomi," katanya. - bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Bilik Mahkamah Bergerak Melalui Air Dan Udara Bakal Beroperasi Di Sarawak By Mohd Rohaizad. Published: 28.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...