CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Cico Harahap Bakal Sertai Politik Bersama Parti Pas?


Gambar Cico, 32 tersebar di internet melalui blog bahawa beliau atau nama sebenar beliau Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin yang merupakan pelakon bertubuh sasa yang juga anak penyanyi serta pelakon popular tahun 70-an Uji Rashid dikaitkan dengan Bob Lokman dan kononnya bakal melibatkan diri dalam bidang politik bersama parti Pas.
 
Malah, anak tunggal Uji Rashid itu memberitahu Metro Ahad, dia tidak berminat berpolitik kerana kurang arif dalam bidang itu yang disifatkannya sebagai rumit.

“Itu hanya kebetulan dan gambar itu dirakam di Masjid Al Azim, Pandan, Selangor selepas kuliah Maghrib.

“Saya memang sering ke masjid berkenaan kerana ia berdekatan rumah... jika hendak kaitkan saya dengan politik, saya minta maaf kerana saya kurang arif mengenainya,” katanya ketika ditanya mengenai komen blog berkenaan yang mendakwa kehadiran Cico hanya kebetulan, tapi mungkin juga dia menerima hidayah Pas yang kini mahu mengumpul seberapa ramai artis bagi menarik perhatian pengundi muda.

Berdasarkan gambar berkenaan, Cico dilihat berdiri di tengah-tengah antara Bob dan seorang lelaki sambil tertawa.

“Kami hanya terserempak dan rasanya tiada salah saling menegur kerana mengenali satu sama lain.

“Tujuan saya ke masjid adalah menunaikan solat jemaah kerana ia (masjid) berdekatan tempat tinggal saya dan bukan kerana ada undangan khas.

“Terus terang, saya kurang bijak dalam hal politik kerana ia perkara rumit. Malah, saya gembira dengan kerajaan pimpinan sekarang dan saya ke masjid kerana ia tuntutan agama,” katanya.

Ditanya mengapa beliau kini jarang dilihat di layar perak atau kaca televisyen, beliau berkata, aktiviti seninya kini terhad dan hanya menumpukan perhatian jika menerima tawaran dengan skrip sesuai.

“Saya belum bersara daripada dunia lakonan, malah belum puas berlakon. Kemunculan saya kali ini berpandukan pada tawaran skrip drama atau filem sesuai.

“Jujur, saya belum terfikir untuk bersara kerana lakonan adalah minat saya. Cuma sekarang saya sibuk dengan hobi menyelam,” katanya.

Selepas menyepikan diri, dia kini lebih menekankan kepada kualiti dalam setiap lakonannya berbanding sebelum ini.

“Kalau dulu saya menerima tawaran tanpa mengambil kira skrip atau watak kerana pendapatan kurang stabil namun selepas ekonomi saya stabil, saya lebih berhati-hati dalam pemilihan drama atau filem, menyebabkan kehadiran saya di kaca televisyen berkurangan,” katanya.-Hmetro

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Cico Harahap Bakal Sertai Politik Bersama Parti Pas? By Mohd Rohaizad. Published: 24.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...