CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Demonstrasi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Dan Terbakar Dilontar Bom Molotov



KUIN telah dibaling bom jenis molotov sehingga berlaku sedikit kebakaran akibat ketidakpuasan hati terhadap pengurusan pihak pejabat HEP KUIN sehingga demonstrasi disertai tenaga pengajar dan pelajar KUIN mengenai isu  Sekolah Insan Bestasi. Sila baca berita untuk maklumat lebih lanjut.

Sumber Bernama di Alor Setar, Kedah. Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini mengalami kebakaran kecil akibat perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab yang telah melontar bom molotov dan batu sungai pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku antara 3 dan 5 pagi tadi. 
"Hanya kebakaran kecil yang berlaku dan kerugian dianggarkan kira-kira RM5,000," katanya. 
Jurucakap KUIN berkata individu yang melontar bom molotov itu dipercayai memasuki kawasan kolej melalui pintu belakang dan ketika kejadian, hanya seorang pengawal yang bertugas.

"Kami menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terhadap kes ini," katanya.
Jumaat lalu, 200 tenaga pengajar dan pelajar tahfiz KUIN mengadakan demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Kuin dan membantah tindakan pengurusan kolej itu mengambil alih sebahagian besar bangunan Maahad Tahfiz di sini untuk dijadikan Sekolah Insan Bestari.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Demonstrasi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Dan Terbakar Dilontar Bom Molotov By Mohd Rohaizad. Published: 7.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...