CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Dr Mahathir Ingatkan Taib Mahmud: Belajarlah Daripada Sejarah Kekalahan BN


Adakah Taib Mahmud akan belajar daripada sejarah kekalahan BN di negeri-negeri yang telah tewas disebabkan kedegilan ingin terus berkuasa dan menindas hak rakyat? Adakah Taib Mahmud akan belajar kekalahan Hosni Mubarak yang sekarang tenat disoal siasat diatas pelbagai dakwaan salahguna kuasa dan membolot harta kerajaan? Adakah Taib Mahmud akan guna apa cara sekalipun untuk teruskan kuasa beliau di Sarawak? Hmm.. Kita akan lihat reaksi beliau selepas ini.. Mari kita bersama mantan perdana menteri ke-4.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya 'belajar daripada sejarah' apabila membuat keputusan mengundurkan diri.

dr mahathir visit kuala pilah 020806 speakingMeskipun tidak memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Taib harus berundur, Mahathir memberi beberapa contoh kekalahan BN kerana pemimpin negeri enggan melepaskan jawatan masing-masing.

"Ada satu MB yang berkeras mahu terus berkuasa dan kita hilang negeri itu. Jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan lakukannya lagi,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan persidangan pelancongan Islam di ibu negara.

Walaupun Mahathir tidak menamakan menteri besar itu, adalah dipercayai beliau merujuk kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang menerajui Terengganu dari 1974 hingga 1999.

PAS mengambil-alih negeri itu pada pilihan raya umum 1999 dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.

NONESeorang lagi menteri besar yang dijadikan contoh Mahathir adalah Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo, yang menerajui Selangor dari 2000 hingga 2008, apabila negeri itu dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Mahathir juga tidak cenderung untuk mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini dengan ura-ura Pakatan Rakyat mampu menafikan kemenangan dua per tiga (2/3) untuk BN.

"Saya fikir BN akan menang," katanya dan enggan mengulas apabila soalan berkaitan terus diajukan oleh wartawan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Dr Mahathir Ingatkan Taib Mahmud: Belajarlah Daripada Sejarah Kekalahan BN By Mohd Rohaizad. Published: 14.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...