CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

E-Pembelajaran (E-Learning) IPT Dilaksana Menjelang 2015


E-pembelajaran atau e-learning ini belajar secara online yakni tidak perlu pergi ke kampus yang berkemungkinan jauh, terdapat banyak faedah penggunaan e-pembelajaran ini seperti keselesaan pelajar, mudah untuk yang bekerja, menjimatkan kos, dan sebagainya lagi.. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya pelajar juga perlu hadir ke kampus seperti sebulan sekali atau dua tiga kali sebulan agar mereka tidak lupa suasana pembelajaran yang sepatutnya terutamanya yang melibatkan perbincangan tugasan akademik yang sukar yang memerlukan berjumpa secara bersemuka dengan pensyarah atau penyelia di IPT bagi memahami dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.

Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan e-Pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum di semua institusi pengajian tinggi (IPT) menjelang tahun 2015.

"Pada tempoh itu kesemua IPT harus mempunyai 30 peratus atau lebih kurikulum kursus dalam mod campuran iaitu bersemuka dan atas talian," kata menterinya Datuk Seri Mohd Khaled Nordin pada Sabtu.

Katanya menjelang tahun 2015 itu juga staf dan pelajar disasarkan dapat menggunakan e-Pembelajaran di semua peringkat negeri dan antarabangsa serta IPT dapat berkongsi amalan terbaik dalam e-Pembelajaran.

Mohamed Khaled berkata demikian di Majlis Pelancaran Dasar e-Pembelajaran (DePAN), Buku-Buku e-Pembelajaran dan Portal Malaysia Education Online (MedO) di di sini.

e-Pembelajaran adalah salah satu dari 23 Projek Agenda Kritikal (CAPs) di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Mohamed Khaled juga berkata e-Pembelajaran akan membolehkan penawaran kursus kepada sesiapa sahaja secara lebih terbuka dan diakses secara adil dan sama rata.

"Ini bermakna sesiapa sebelum ini tidak dapat memasuki universiti atas alasan tertentu kini boleh mendapatkan ilmu menerusi medium ini. Pembesaran universiti dan kawasan juga tidak lagi menjadi isu yang besar," katanya.

Mengulas tentang Portal MedO, beliau berkata ia akan menjadi portal utama bagi semua program atas talian yang ditawarkan oleh IPT di Malaysia.

Selain itu katanya, dengan adanya MedO bilangan pelajar antarabangsa dijangka meningkat kerana ia juga sebagai medium untuk membawa program pendidikan IPT Malaysia ke arena antarabangsa.

"MedO akan menjadikan Malaysia sebagai satu jenama utama di rantau Asia bagi menyediakan perkhidmatan pengajian tinggi secara atas talian. Ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai pusat sehenti untuk pembelajaran, pengajian dan pentadbiran pelajar antarabangsa," kata Mohamed Khaled.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

E-Pembelajaran (E-Learning) IPT Dilaksana Menjelang 2015 By Mohd Rohaizad. Published: 16.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...