CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Dayak Iban Masuki Pasaran Global - Dunya Gangster


Industri perfileman Sarawak terutama yang berbahasa Dayak Iban mungkin masih baru tetapi ia tidak menghalang BFG Media dan Entertaiment Production Sdn Bhd untuk mencuba pasaran global dengan memasarkan filem aksi terbaru berbahasa Dayak Iban “Dunya Gangster” melalui internet tidak lama lagi.

Pengarah Urusannya, Museh Amba berkata, walaupun syarikat itu adalah pendatang baru dalam industri perfileman, ia merancang melakukan promosi hebat di internet sama ada melalui laman sosial Facebook, Twitter, Ebay atau laman web rasmi.

"Kini di mana-mana sahaja di dunia, orang bercakap mengenai memasarkan produk mereka melalui dalam talian. Saya dapat tahu sebilangan kecil produksi filem Afrika, memasarkan filem berdasarkan budaya mereka di internet dan ia mula menimbulkan minat saya untuk memikirkan alangkah baiknya jika filem Dayak boleh dipromosi melalui cara itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa ini syarikat itu mengenalpasti beberapa pembekal media sosial berdasarkan internet yang berminat bekerjasama untuk mempromosi filem “Dunya Gangster”.

Karakter Filem Dunya Gangster
  • Konsep filem gangster biasanya bersifat materialistik, tidak bermoral, dendam, tidak berperikemanusiaan kepada mangsa serta musuhnya dan juga menjuruskan kepada kebinasaan serta kemusnahan, samada keluarganya atau orang2 sekelilingnya.
  • Pada kebiasaanya, plot filem akan banyak menceritakan persaingan di antara kumpulan samseng yang ingin berkuasa & menguasai sesuatu kawasan atau perniagaan haram yg dijalankan.
  • Dunya Gangster adalah sebuah filem karakter yang mengisahkan kehidupan seorang ketua gangster yg menghampiri zaman kejatuhannya, yg menyebabkan beliau mula hilang pengaruh di samping mempunyai musuh dalam selimut serta menghadapi pelbagai masalah dalaman, ditambahkan lagi dengan hal2 berkaitan anak2nya yang membuatkan beliau tidak duduk senang.
  • Filem ini bukan saja bersifat ganas, malah menceritakan kehidupan bermasyarakat, di mana seorang insan yang dahulunya, adalah seorang penjenayah ingin membuat perubahan hidup dan kembali kepada masyarakat demi melihat kebahagiaan anaknya. 
Bagi para peminat filem Borneo yang bakal mengegarkan dunia seni, maka digalakkan anda ke laman web rasmi mereka di facebook. Disini saya memperolehi sumber maklumat tersebut: (Borneo Filmmakers Group)

P/s: Hari tu terlupa terlepas pandang tulis sumber dari mana disebabkan kekalutan di rumah. Sorry ya. :)

    Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

    Filem Dayak Iban Masuki Pasaran Global - Dunya Gangster By Mohd Rohaizad. Published: 29.4.11
    Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



    Terima kasih atas kunjungan Anda



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...