CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Istana Penunggu (Istana Billah, Perak) - Realiti Seram Pertama Di Malaysia




Filem realiti seram yang pertama di Malaysia bertajuk Istana Penunggu bakal ditayangkan bulan ini, tidak pasti bagaimanakah filem ini bakal tonjolkan aksi peserta-peserta realiti yang dirakamkan di sebuah istana lama di Perak. Jangan lupa saksikan di pawagam yang terdekat di tempat anda.

Bermula esok (21 April), filem terbaru daripada Grand Brilliance dan Primeworks Studios, Penunggu Istana akan menemui penonton di pawagam seluruh negara. Filem ini bukanlah sebarangan filem kerana ia adalah sebuah filem realiti seram bergenre paranormal yang pertama di Malaysia.

Ini bermakna cerita yang terkandung di dalam filem ini bukanlah sebuah cerita kosong, sebaliknya adalah sebuah pendedahan secara realiti terhadap aktiviti paranormal di sebuah rumah yang telah ditinggalkan lebih 100 tahun di Perak dan dikenali sebagai ‘Istana Billah’.

Menurut Pengurus Besar Filem & Drama Primeworks Studios serta selaku Penerbit Eksekutif filem ini, Tengku Iesta Tengku Alaudin, filem tidak cuba meniru mana-mana filem yang pernah diterbitkan sebelum ini. Jelasnya, filem ini adalah sebuah dokumentari yang mengandungi rangkuman rakaman video yang berjaya dirakamkan oleh lima pelajar yang membuat kajian aktiviti paranormal di tempat yang dipercayai berpuaka.
“ Siasatan mereka telah dibantu oleh Kumpulan Seekers, yang sememangnya sinonim dengan kegiatan aktiviti paranormal di Malaysia. Niat kami adalah untuk mendedahkan penemuan mereka ini kepada umum melalui filem. Ini adalah satu bentuk pembaharuan yang cuba kami serapkan dalam era filem bergenre seram. Kami yakin ini dapat mempertingkatkan lagi kualiti filem seram di Malaysia. Jadi kami menafikan jika ada pihak yang mengatakan kami cuba meniru filem luar. Sebaliknya apa yang dihasilkan ini adalah rentetan kisah benar yang ingin kami kongsikan pada masyarakat di luar sana,” ujar Tengku Iesta.

“Rumah tinggal yang digelar ‘Istana Billah’ ini mempunyai banyak kisah seram melalui bualan mulut penduduk setempat. Produksi drama ‘Warkah Terakhir’ yang menjalani penggambaran di sana tidak lama dahulu pernah mengalami insiden mengerikan. Ini menunjukkan tempat itu benar-benar mempunyai kisah misterinya dan penonton dapat menyaksikan kesahihannya melalui filem dokumentari ini,” tambah Tengku Iestar lagi.

‘Penunggu Istana’ adalah cantuman daripada pita rakaman terakhir lima pelajar yang membuat kajian aktiviti paranormal di sebuah rumah tinggalan lama, Istana Billah di Perak iaitu Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf. Kajian yang dibantu oleh Kumpulan Seekers ini naratifnya dipersembahkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperolehi mereka sendiri.

Cantuman footage itu seterusnya difilemkan sepanjang 15 hari mereka berada di Istana Billah sebagai usaha mencari jawapan terhadap kejadian mengerikan yang menimpa kumpulan pelajar berkenaan. Penemuan inilah merupakan satu kejutan untuk tatapan semua peminat filem tempatan.

Ingin diingatkan, filem ini bukanlah seperti filem-filem seram yang pernah ditayangkan sebelum ini. Mungkin ada sesetengah visual bakal mengejutkan anda sehingga membuatkan degupan jantung lebih laju daripada biasa, walaupun ia tidak menunjukkan sepenuhnya bentuk fizikal entiti halus yang menghuni di rumah tinggalan tersebut.



Isu Kontroversi: Waris Istana Billah kesal pembikinan filem ‘Penunggu Istana’ tidak minta izin


Menurut sumber yang boleh dipercayai, waris Istana Billah yang menjadi lokasi pembikinan filem ‘Penunggu Istana’ tidak berkenan dengan tindakan pihak penerbit dan produksi filem paranormal tersebut . Ini adalah kerana izin waris sebenar yang menjaga istana tersebut tidak diminta, sebaliknya orang lain yang memberi keizinan, bukan beliau.

Menurut sumber itu lagi, sebagai waris Raja Billah, filem tersebut mencemarkan nilai estetika Istana tersebut, kerana apa yang dipaparkan langsung tidak ada kaitan tentang sejarah Istana itu, malah memberikan Istana tersebut satu gambaran dari sudut yang syirik dan tidak tepat.

Malah, menurut waris itu lagi, Istana Billah sebenarnya menyimpan sejarah keturunan Medailing dari Sumatera, dan keturunan Raja Billah di wilayah sana juga khabarnya tidak senang dengan pembikinan filem tersebut.

Difahamkan waris tersebut bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan imej Istana Billah, yang pernah dikunjungi Sultan Perak itu kerana ia dikatakan telah tercemar dek filem tersebut. Dibawah ialah contoh kandungan surat pihak waris yang membantah kepada pihak produksi filem.



FILEM “PENUNGGU ISTANA” TERBITAN PRIMEWORKS STUDIOS, GB & ALTERNATE STUDIOS

BismillahirRahmanirRahim.

Saya yang bernama diatas mewakili generasi ke-3 dan ke-4 keturunan Raja Bilah bin Raja Asal, ingin menyatakan hasrat dukacita atas penerbitan filem terbaru “PENUNGGU ISTANA” yang sedang hangat dipromosikan di media tempatan. Perkara ini hanya kami sedari baru baru ini apabila kami melihat trailer dan juga keratan akhbar yang merujuk kepada filem anda.

Dari pemerhatian kami, kami mendapati ada beberapa kemusykilan dan juga perkara yang pastinya akan disalah tafsirkan oleh masyarakat apabila mereka menonton filem ini. Antaranya:-

1. Tema filem yang mengenengahkan unsur khurafat, puaka dan pemujaan yang bertentangan dengan kesucian Islam dan iktikad ahli Sunnah wal-Jamaah.

2. Nilai estetik sejarahnya dan kepentingan Istana Papan itu sendiri tenggelam dalam jalan cerita filem itu, dan ia bercanggah langsung dengan sejarah perjuangan Raja Bilah di waktu pemerintahannya di situ.

3. Kebenaran untuk menjalankan penggambaran di situ tidak mendapat restu dari waris Raja Bilah lain yang masih hidup. Kebenaran juga pasti tidak akan diberikan jika kami mengatahui yang filem itu lebih menjurus kepada mempromosikan syirik dan khurafat. Ini jelas tidak menjaga sensitiviti pewaris Raja Bilah bin Raja Asal.

Oleh itu, kami dengan kerasnya menolak usaha anda ini dan jika ada kekhilafan dari pihak anda, kami mungkin akan merujuk perkara ini ke badan yang berkaitan untuk mengambil tindakan.

Semoga usaha anda yang taksub mempromosikan khurafat melalui filem ini, walhal anda sepatutnya meng'akbar'kan Allah, akan dilaknat olehNya dan dijauhi dari keberkatanNya.

Saya lampirkan juga carta salasilah pewaris Raja Bilah bin Raja Asal yang masih hidup.

Dengan izin Allah,
Mazlan bin Haji Mahdi

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Istana Penunggu (Istana Billah, Perak) - Realiti Seram Pertama Di Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 20.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...