CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Man Sewel Datang KL - Shuib Sepah Sarah Raisuddin



Filem Man Sewel Datang KL merupakan peluang pertama kali yang ditawarkan kepadanya untuk berlakon dalam sebuah filem dan tidak mahu disia-siakan oleh pelawak Shuib Sepah, sekalipun watak yang diberikan itu boleh disifatkan agak memalukan dirinya kerana menjadi pelakon seorang yang sewel, Sarah Raisuddin atau isterinya turut berlakon bersama dalam filem ini memegang watak sebagai heroin kepada Shuib Sepah.


Malah, kata Shuib Sepah, menjadi peneraju utama dalam filem Man Sewel Datang KL terbitan Work Move Production Sdn Bhd itu bukanlah suatu perkara yang mudah, apatah lagi bila dia perlu membawakan perwatakan sewel yang diakuinya agak berat untuk dibawakan.

"Malu atau tidak, itu bukanlah persoalannya pada diri seseorang pelakon. Sebab apa yang kita lakukan itu hanyalah sekadar melakonkan watak yang diberikan itu dan ianya bukan perwakatan diri sebenar kita.

"Namun, saya akui watak saya sebagai Man Sewel memang agak berat untuk dibawakan apatah lagi ianya adalah watak yang paling besar serta paling utama dalam dalam filem tersebut. Sehinggakan pada awalnya, saya sendiri jadi lost serta tidak berjaya menjiwai watak Man Sewel, walaupun sudah beberapa kali mencuba.

"Tapi bila dah sampai di pertengahan penggambaran, barulah saya boleh sebatikan watak Man Sewel dalam diri saya. Dari situ saya dah tak nampak Shuib dalam diri saya tetapi seratus-peratus Man Sewel. Saya dapat rasakan saya berjaya bawa watak Man Sewel dengan baik," kata Shuib.

Penerbit Eksekutif, Work Move Production Sdn Bhd, Hamizi Mat Juah pula berkata, Man Sewel Datang KL yang diarahkan Rahman Adam itu bukanlah dihasilkan untuk menghina manusia yang kurang siuman atau sewel sebaliknya bertujuan memberikan pengajaran ke arah kebaikan.

"Pada awalnya, memang saya ada berasakan bahawa perkataan sewel akan menimbulkan konotasi yang negatif. Tetapi sewel yang ingin kami ingin tonjolkan dalam filem ini adalah sesuatu yang boleh diterima masyarakat.

"Shuib Sepah yang memegang watak Man Sewel dalam filem ini sebenarnya seorang yang bijak. Misalnya, dia memberikan idea untuk menukarkan nama perniagaan nasi ayam dara kepada nasi ayam janda. Selepas itu, terus perniagaan itu laris," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran filem Man Sewel Datang KL, Finas, kelmarin.

Isteri Shuib iaitu Siti Sarah Raisuddin juga turut membintangi filem ini. Sarah telah melakonkan watak sebagai kekasih Man Sewel yang bernama Salbiah. Dia memiliki sebuah butik di Kuala Lumpur dan mula mengenali Man Sewel setelah terlibat dengan kes ragut

Filem terbitan Work Move Production Sdn Bhd ini telah menjalankan penggambaran di sekitar Lembah Klang pada 13 Mac hingga 5 April lalu dengan kos sebanyak RM1.3 juta.

Filem ini mengisahkan seorang pemuda bernama Osman yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Namun begitu, pelbagai rintangan yang ditempuhinya sehingga akhirnya menyebabkan dia mengambil keputusan untuk balik ke kampung halaman.

Selain Shuib dan Sarah, filem Man Sewel Datang KL ini turut membariskan pelakon-pelakon lain seperti Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris dan Fida Ibrahim dan dijangka ditayangkan pada November depan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Man Sewel Datang KL - Shuib Sepah Sarah Raisuddin By Mohd Rohaizad. Published: 29.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...