CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Senjakala - Seram Romantis Ala Twilight




Anda berminat dengan filem seram? Ala.. musim cerita hantu seram. sihir. tapi kali ni ada unsur romantis sikit walaupun seram.. artis-artis filem ni boleh la tahan jugak.. Ok.. dibawah ni ada info berkenaan filem Senjakala..

 

Dibintangi oleh:

Zahiril Adzhim, Liyana Jasmay dan Faezah Elai

Genre:

Seram Romantis

Ulasan

Secara asasnya, Senjakala mempunyai cerita yang baik. Cubaan Ahmad Idham untuk menggabungkan unsur seram dan romantik dalam sebuah filem adalah satu idea yang cukup cantik. Akan tetapi, terdapat beberapa kelonggaran yang dapat dilihat baik dari segi plot, kerja produksi mahupun lakonan pelakonnya sendiri.


Nota: SPOILER ALERT!
Ulasan oleh : www.tekanplay.com


Antara salah satu persoalan besar yang timbul adalah dari sudut penceritaannya. Karlisa pada awalnya mengatakan bahawa kepulangannya ke kampung adalah kerana dia sering teringat kepada neneknya yang sudah lama tidak berjumpa. Dalam pada masa yang sama, Karlisa juga sering didatangi mimpi berkaitan kampung halamannya itu. Tetapi apabila Karlisa sudah berada di kampung dia seakan tidak menampakkan perasaan rindunya terhadap neneknya. Malah dengan secara tiba-tiba, fokusnya mula berubah kepada watak Armand yang membuatkan ‘misteri’ cerita ini mula timbul dan akhirnya terungkai.


Watak Isabella yang dicipta pula boleh diibaratkan hanya sebagai penyedap rasa namun sedikit terlampau kerana Faezah 'didedah-dedahkan' untuk menampakkan ciri wanita bandar. Begitu juga dengan watak Zahiril Adzim, iaitu Armand. Transasi wataknya memang jelas ditunjukkan menerusi pemakaian dan perlakuannya tetapi dek kerana dia mewarisi saka yang diberikan oleh ayahnya, dia juga sering ditonjolkan tidak berbaju. Daya penarik penonton, mungkin?


Plot ‘exorcism’ di pengakhiran cerita juga seakan tidak digarap dengan sesempurna mungkin. Kelemahan jelas terpapar kerana menurut cerita, rancangan proses pembuangan saka Karlisa sudahpun ada antara Armand dan Tok Penghulu, namun persoalan yang timbul di sini adalah mengapa ianya tidak dilakukan dengan cara yang lebih logik dan tersusun. Kelam kabut? Mungkin.


Lokasi yang digunakan untuk filem ini sememangnya menarik kerana kawasan perkampungannya kelihatan cantik dengan rumah-rumah kayu yang besar dan mahal. Mungkin sengaja ia ditonjolkan sebegini untuk memperlihatkan keindahan kampung dan juga 'keluar' dari kebiasaan filem Melayu di mana selalunya di kampung, rumah-rumah kayunya biasa sahaja.
Dari sudut lakonan, persembahan yang diberikan boleh dikategorikan pada tahap yang biasa. Liyana masih lagi kental pesona keremajaan sehingga sedikit sukar untuk memandangnya sebagai gadis dewasa, yang membawakan watak yang berat. Begitu juga dengan watak lakonan Ruminah Sidek sebagai Opah Maimon. Mungkin sudah terbiasa dengan tonasinya dalam Jangan Pandang Belakang, tiada apa yang istimewa pemberiannya kali ini dan juga kurang rasa seramnya.


Pujian wajar diberikan kepada Zahiril Adzim walaupun lakonannya bukan di tahap yang cemerlang tetapi ianya cukup memberangsangkan. Namun begitu, persembahan Zahiril masih tidak cukup untuk 'menyelamatkan' prestasi lakonan keseluruhan pelakon filem ini. Filem ini sebenarnya berpotensi untuk diangkat sebagai filem yang cemerlang berdasarkan cerita dan idea untuk menggabungkan bintang berbakat besar seperti Zahiril dan Liyana, namun, ianya gagal dalam proses penghasilan.


"Chemistry" antara hero dan heroinnya tidak cukup menonjol untuk mencipta magik yang besar ala Edward Cullen dan Bella Swan. Mungkin kerana terlalu bergerak secara selari, focus ceritanya hanya satu, tiada subplot mahupun subteks yang kuat yang boleh menimbulkan perasaan puas dalam diri penggemar filem apabila ditonton. Begitu juga dengan skripnya yang gak kurang meyakinkan di beberapa bahagian. Elemen seram yang cuba ditunjukkan juga boleh dianggap cliché dan mudah diagak.
Walaupun begitu, biarpun banyak kelemahan yang dapat dilihat menerusi ini, ianya tetap mempunyai keistemewaan tersendiri. Ini adalah kerana, segala kerja produksi dan post produksinya dilakukan di Malaysia dengan menggunakan kemudahan Studio Digital Mixstage Finas. Satu langkah yang wajar dipuji kerana hasilnya bagus,terutamanya dari sudut bunyi. Begitu juga dengan kerja kamera yang diberikan oleh Raja Mukhriz. Terdapat beberapa shot dan gerak kamera yang cantik dan menarik perhatian.


'Senjakala' secara keseluruhannya bukanlah sebuah filem yang buruk. Ianya boleh dikategori sebagai ‘pop corn movie’ yang boleh ditonton. Kritikan yang diberikan bukan untuk menjatuhkan tetapi sekadar untuk meluahkan pendapat. Tonton sendiri filem ini dan hakimi sendiri ceritanya.


Dibarisi oleh para pelakon popular tanahair seperti Zahiril Adzhim, Liyana Jasmay dan Faezah Elai, filem yang bergenre seram romantik ini mengisahkan tentang Karlisa (Liyana Jasmay) yang baru sahaja kematian tunangnya akibat kemalangan jalan raya. Karlisa yang terkesan dengan tragedi itu telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya bersama teman baiknya Isabella (Faezah Elai) dan dalam pada masa yang sama, ingatannya terhadap neneknya iaitu Opah Maimon (Ruminah Sidek) juga membuatkannya terpanggil untuk pulang. Di sana, Karlisa dengan secara tidak sengaja telah bertemu dengan Armand (Zahiril Adzim), seorang jejaka misteri yang seakan hidup terasing daripada orang lain.


Perkenalan mereka akhirnya menyingkap sebuah rahsia keluarga yang telah disimpan sejak sekian lama berkaitan saka. Apakah yang terjadi kepada Karlisa? dan siapakah sebenarnya Armand? Temukan jawapannya di pawagam bermula 14 April 2011 ini!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Senjakala - Seram Romantis Ala Twilight By Mohd Rohaizad. Published: 15.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...