CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Firefly Menawarkan Tambang Terendah Dari RM0.01 Kuching Ke Johor Bahru




FlyFirefly Sdn. Bhd. (Firefly) merupakan syarikat penerbangan komuniti yang semakin kompetitif telah pun melancarkan pesawat Boeing 737-400 di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, Johor, pada Mac lalu. Dengan pelancaran terbaru ini, Firefly boleh memperluaskan operasinya ke Sabah dan Sarawak selain penambahan ke laluan serantau.


Bermula 19 Mei depan, terdapat dua penerbangan sehari dari Johor Bahru ke Kuching iaitu pada jam 7.30 pagi dan 6.35 petang.  Untuk perjalanan dari Kuching ke Johor Bahru pula ia dijadualkan pada jam 9.25 pagi 8.30 malam.

Manakala bermula 16 Jun, syarikat penerbangan ini menyediakan dua penerbangan sehari dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu. Penerbangan pertama pada jam 7.00 pagi dan yang kedua pada 5.00 petang. Dari Kota Kinabalu ke Johor Bahru pada jam 12 tengahari dan 10 malam.

Tambang yang dikenakan untuk kedua-dua perjalanan ini bergantung kepada promosi semasa dan ia bermula serendah RM48.90 sehala untuk perjalanan ke Kuching.  Paling sukar dilepaskan, tambang serendah RM0.01 dari Kuching ke Johor Bahru.



Untuk perjalanan ke Kota Kinabalu, tambang bermula pada harga RM98.95 dan dari Kota Kinabalu ke Johor Bahru bermula pada RM58.95.

Selain itu, sempena cuti sekolah pada penghujung Mei nanti, Firefly akan menyediakan penerbangan tambahan antara Johor Bahru, Langkawi dan Pulau Pinang.-gua

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Firefly Menawarkan Tambang Terendah Dari RM0.01 Kuching Ke Johor Bahru By Mohd Rohaizad. Published: 25.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...