CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Gadis Malaysia Dinasihatkan Elak Jangan Berkawan Lelaki Afrika - Wisma Putra


Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan yang menasihati gadis-gadis muda tempatan terutamanya yang tinggal dari kawasan pedalaman agar tidak mudah mempercayai dan terperdaya dengan tipu helah oleh lelaki warga Afrika kulit hitam yang mereka kenali melalui internet laman web sosial.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, ini bertujuan mengelakkan mereka terpedaya dijadikan keldai dadah oleh sindiket penyeludupan dadah antarabangsa.

“Saya amat kecewa apabila seorang gadis Malaysia berusia 22 tahun dan sedang menuntut di Kolej Segi ditahan di Shenzhen, China 29 Mac lalu apabila pihak berkuasa menemui sejumlah dadah dalam perutnya.

“Gadis Dayak dari Sarawak ini baru berkenalan dengan seorang lelaki kulit hitam menerusi laman sosial Facebook tahun lalu. Teruja dengan bayaran RM5,000 dia telah menelan 100 biji heroin seberat 700 gram untuk dihantar ke Shenzhen,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra di sini hari ini.

Lebih menyedihkan katanya, gadis tersebut tidak pernah berjumpa dengan “kekasihnya” itu dan semasa ditemui wakil konsulat Malaysia di China dia merayu agar kesnya tidak dimaklumkan kepada keluarga.

Sebaliknya memohon bantuan kewangan dari konsulat kerana kesukaran membeli makanan di penjara Shenzhen.

Jelas beliau, Wisma Putra tidak boleh campur tangan dalam undang-undang melibatkan negara lain sebaliknya hanya menghulurkan bantuan sekiranya diminta oleh keluarga mangsa.

Richard memberitahu, statistik menunjukkan sehingga 31 Mac lalu seramai 1,880 rakyat Malaysia ditahan di luar negara dengan 833 daripadanya didakwa terbabit dengan kes penyeludupan dadah.

Daripada jumlah itu, seramai 675 membabitkan lelaki manakala 158 ialah wanita. - Utusan

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Gadis Malaysia Dinasihatkan Elak Jangan Berkawan Lelaki Afrika - Wisma Putra By Mohd Rohaizad. Published: 23.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...