CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Gosip Teater Terbaru Sarimah Ibrahim - Psikologi Cinta




Kini genap 2 tahun melalui zaman penceraian, pengacara berdarah kacukan Irish-Melayu yang popular itu kerap dilihat membawa rakan ke beberapa majlis hiburan yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Tetapi, apabila ditanyakan tentang teman terbaru, beliau menjelaskan setakat ini dia tiada teman istimewa di hatinya. Biasalah.. kena cover sama..

“Memang ada yang mendekati dan nak berkenalan dengan saya. Tapi, kebanyakan yang datang ‘pelik-pelik’. Mereka mengharapkan ‘idealized version of Sarimah’. Mereka mahu Sarimah yang seperti di kaca televisyen. Bila mereka nampak kelemahan saya, mereka seolah-olah tidak boleh terima,” ujar aktress cantik ini yang kelihatan lebih bahagia dan ceria ketika bercerita tentang pertemuan semulanya dengan bekas suaminya baru-baru ini.

Apabila ditanyakan tentang bakal teman hidup pilihannya, pengacara serba boleh ini berkata,

“Kalau boleh saya mahu seseorang yang baik hati dan mempunyai impian yang sama seperti saya. Lelaki tersebut harus mempunyai impian untuk menjadi seorang bapa satu hari nanti,” jelas beliau yang melahirkan rasa tidak sabarnya untuk memainkan watak mulut laser tapi baik hati, Keponakan B, dalam Teater Mak Dara Nyonya. Teater ini turut diterajui oleh Misha Omar, Tania Zainal, Zaifri Husin, Khatijah Tan dan Sherry Abdullah.


Sarimah Tulis Buku Psikologi Cinta

Minat Sarimah Ibrahim dalam persada seni ini bukan setakat dalam bidang pengacaraan dan berlakon sahaja, artis berdarah kacukan ini menyampaikan hasratnya untuk menerbitkan buku yang mengisahkan tentang kisah dan pengalaman hidup Sarimah sebagai seorang wanita dan artis yang turut mengandungi tips dan panduan bagaimana untuk mengekalkan kualiti sebagai seorang artis yang terkenal.

“Untuk menjadi seorang artis itu amat mudah, tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana mahu mengekalkan populariti sebagai seorang artis. Latihan sahaja tidak cukup. Pengalaman dan cabaran menjadi artis adalah satu pengajaran yang lebih berkesan bagi seseorang artis,” ujar beliau yang akan menjadi pencerita kepada kanak-kanak jalanan pada bulan depan.

“Selain sibuk dengan berlakon, saya juga seorang pelajar,” ujar pemenang anugerah Pengacara TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2010 yang kini merupakan seorang siswazah di HELP University College dalam Jurusan Psikologi. Menurutnya yang kini sedang sibuk membuat persediaan untuk menjalani peperiksaan akhir semester pada 20 Mei ini.

Kecenderungan beliau untuk mendalami bidang psikologi ini muncul apabila dia sering menyelesaikan masalah yang berkaitan percintaan dan perhubungan rakan-rakannya. Disebabkan hal ini juga, minatnya terhadap penulisan buku mendorong beliau untuk menulis tentang psikologi.

“Ramai kawan-kawan saya selalu bercerita dan meminta nasihat dari saya. Jadi, saya pun tolong lah mereka menggunakan pengalaman dan ilmu psikologi yang saya belajar. Jadi, lebih baik jika saya curahkan ilmu dan pengalaman saya dalam bentuk penulisan sebagai panduan yang berguna kepada pembaca naskah saya nanti,” tambah Sarima lagi tentang buku psikologi perhubungan yang bakal diterbitkan akhir tahun ini.
 


Sarimah Mahu Terus Promosi Bidang Teater Lakonan

Selepas terlibat dengan pementasan teater muzikal Tun Mahathir 2 sebagai watak Susur, aktres jelita serta hos terkenal program realiti "Biggest Loser Asia", Sarimah Ibrahim bakal muncul dengan teater terbarunya berjudul Mak Dara Nyonya. Minat beliau yang mendalam dalam bidang lakonan teater ini ternyata bukan omongan kosong semata.

“Saya memang suka berlakon. Malah, saya bersetuju untuk berlakon dalam teater ini tanpa saya tahu watak apa yang harus saya bawa dalam teater ini. Baru hari ini, saya tahu saya harus membawa watak ‘Keponakan B’ iaitu anak saudara kepada nyonya.

Ketika bercerita tentang pementasan teater ini, Sarimah melahirkan rasa tidak puas hati kerana pendedahan tentang teater tidak pernah diambil kira oleh kebanyakan anak muda zaman sekarang.

“Tetapi malangnya, saya lihat kebanyakan orang tidak minat untuk menceburkan diri dalam teater dan tidak ramai yang tahu tentang bidang teater ini. Sebab itu, ketika saya berlakon untuk teater muzikal Tun Mahathir 2, saya mempromosikan serta menjemput peminat saya dan rakan-rakan melalui laman sosial, Twitter. Dengan cara ini, mereka sedar akan kewujudan teater. Saya amat mengharapkan sangat bidang ini akan berterusan dan boleh pergi jauh lagi,” ujar beliau ketika di sidang media teater Mak Dara Nyonya di Hotel Quality, Kuala Lumpur semalam.

Tambah beliau lagi, dia tidak kisah untuk berlakon dalam teater Mak Dara Nyonya ini, walaupun bayaran untuk melakonkan hanya sedikit. Bagi beliau, tepukan gemuruh dari peminat adalah paling berharga dan amat bermakna, tidak ternilai harganya.

Teater Mak Dara Nyonya adalah sebuah lagi karya Siti Rohayah Attan, penerbit teater terkenal selepas pementasan teater muzikal Tun Mahathir 2. Teater Mak Dara Nyonya adalah gabungan kisah antara Mak Dara dan Nyonya.

Mak Dara berkisarkan tentang sebuah kisah seorang wanita yang menjalani pengalaman hidup yang amat memilukan biarpun pada kehidupan awalnya bahagia. Dari seorang ratu yang hidup di istana berubah kepada seorang penjaja yang seringkali hanya tinggal di dalam kotak.

Manakala Nyonya pula adalah kisah yang bergenre komedi tetapi sinis yang menjanjikan penonton tidak kering gusi. Ia bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur pada 6 hingga 12 Julai ini setiap jam 8.30 malam. Persembahan matinee pada jam 9 & 10 Julai 2011, jam 3 petang. Harga tiket adalah RM32, RM52, RM82. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 03-41478600/012-2977220/013-6293825

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Gosip Teater Terbaru Sarimah Ibrahim - Psikologi Cinta By Mohd Rohaizad. Published: 29.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...