CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Helikopter Sabah Air Terhempas Di Sibu Sarawak




Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu 

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu. 

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalah milik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.
Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu. 


Sementara itu, juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui.

Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100m dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu.

"Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas," kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan.

Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dari Bintangor.

"Timbalan Perdana Menteri dan rombongannya selamat," kata Hafiz.

Maklumat Dikemaskinikan:


Sebuah helikopter terhempas tengahari tadi sejurus selepas dari Dataran Sibu selepas menurunkan tiga orang penumpang, termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui.

Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100m dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu.

"Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas," kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan.

Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dari Bintangor.

"Timbalan Perdana Menteri dan rombongannya selamat," kata Hafiz.

Helikopter itu yang disewa daripada Sabah Air kini berada dalam kedudukan mengiring ke sebelah kanan di atas padang di dataran itu selepas terhempas.

Seorang saksi kejadian itu berkata beliau terdengar bunyi letupan tetapi tiada api dilihat pada pesawat itu.

"Meletup tetapi tak ada api," kata Ipah Philip, 54, seorang tukang cuci.

Seorang lagi saksi, Mohamed Nazri Zakaria menyaksikan nahas itu dari biliknya di tingkat 13 hotel itu.

"Penumpangnya sudah turun dan helikopter mahu berlepas semula. Juruterbangnya kelihatan cedera dan dibawa oleh ambulans," katanya.

Sebuah helikopter jenis Bell 206 yang membawa pegawai Timbalan Perdana Menteri terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sanyan di sini petang ini setelah menurunkan penumpang menyebabkan juruterbangnya, Kapten Sahaimi Ghazali terbunuh.
Dua daripada helikopter berkenaan sudah berlepas untuk kembali semula ke Lapangan Terbang Sibu. Helikopter yang ketiga itu juga dijadual berbuat demikian.

Bintangor ialah kira-kira 20 minit penerbangan dari Sibu. - Bernama

Kemaskini:  Juruterbang Helikopter Sabah Air Mati Terbunuh


 
Kapten berusia 38 tahun itu yang cedera parah di bahagian rusuk kanan dipercayai terkena serpihan kaca meninggal dunia kira-kira pukul 8.36 malam ini selepas menjalani pembedahan di Hospital Sibu di sini.

Sebelum kejadian pada pukul 1.50 petang itu, helikopter terbabit baru beberapa minit menurunkan seorang pegawai khas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua pegawai pengiring yang mengikuti kunjungan beliau ke Bintangor, Sarikei.

Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang sebelum itu menghadiri satu majlis di sini terus bergegas ke Hospital Sibu untuk melawat Sahaimi yang terpaksa menjalani pembedahan.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Memang saya sedih dan telah berdoa supaya beliau selamat, tetapi takdir telah ditentukan Allah,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Timbalan Perdana Menteri meminta keluarga Allahyarham bersabar dan menganggap kejadian itu sebagai cabaran dan beliau sendiri akan menyampaikan bantuan peribadi untuk urusan pengkebumian jenazah selain melihat bentuk bantuan yang boleh kerajaan berikan kerana Sahaimi meninggal dunia ketika bertugas untuk negara.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, selepas menurunkan penumpang, helikopter tersebut terbang semula untuk ke Lapangan Terbang Sibu.

Bagaimanapun jelasnya, pada ketinggian kira-kira tiga meter, helikopter berkenaan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terhempas.

“Ketika kejadian, cuaca baik tetapi ada saksi mengatakan keadaan itu berlaku akibat angin yang tiba-tiba bertiup kencang. Mangsa seorang juruterbang syarikat Sabah Air dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah lagi helikopter untuk rawatan lanjut,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Difahamkan, para pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan tiba dari Kuala Lumpur esok untuk melakukan siasatan terhadap kemalangan itu.

Allahyarham Kapten Sahaimi dikatakan baru menyertai Sabah Air yang berpangkalan di Subang, Selangor.

Allahyarham yang meninggalkan seorang isteri, Suriani Shafie, 38, dan empat anak berusia antara empat hingga 13 tahun dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Helikopter Sabah Air Terhempas Di Sibu Sarawak By Mohd Rohaizad. Published: 11.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...