CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Hos Baru Bersamamu - Irin Putri Azmi




Sumber diperolehi oleh wartawan Gua, Irin Putri Azmi atau singkatannya Irin, bukan wajah baru dalam mengendalikan program berbentuk majalah di TV3. Sebelum ini Irin pernah tampil sebagai wartawan penyiaran dalam  program Medik TV dan Majalah 3 dan sering muncul bersama rakan setugas lain seperti Azizah Ariffin, Hasfizza Sabjahan dan Azura Zainal dalam program bual bicara, Wanita Hari Ini.

Kali ini, Irin diberi kepercayaan untuk mengendalikan pula Bersamamu, program yang mengupas pelbagai aspek dan perspektif di mana setiap kandungan diambil serius dalam memastikan mesej tersirat dapat difahami penonton dan seterusnya menjadi teladan bersama.

Menurut Irin “Program Bersamamu memberi satu pengalaman yang nyata mencabar jiwa dan emosi. Apabila bertemu dengan golongan yang tidak bernasib baik dan menyelami keadaan hidup mereka, secara tidak langsung saya turut merasai keperitan yang dilalui."

"Pengalaman paling menyedihkan bagi saya adalah ketika melihat seorang ibu kehilangan anak yang disayanginya. Sebagai seorang ibu, tidak boleh saya gambarkan keadaan dan reaksi saya jika terpaksa melalui situasi yang sama, apatah lagi itulah pertama kali saya melihat seseorang meninggal dunia di depan mata saya.” tambah Irin lagi.


Begitulah antara cebisan kisah hidup yang akan dipaparkan menerusi program bercorak kemasyarakatan, “Bersamamu”. Ia kini tampil lebih segar dengan garapan pengisian mengikut citarasa dan objektif utama program ini dalam menyampaikan warkah dan tauladan untuk sama-sama kita hayati dan saling membantu.


“Tidak semua yang saya sampaikan berdasarkan skrip semata-mata kerana tidak semua yang saya lakukan di hadapan kamera dirancang daripada awal, malah ia semua bergantung kepada keadaan sekeliling dan berlaku secara spontan." jelas Irin lagi.

Di samping itu, kutipan ’Tabung Bersamamu TV3’ juga masih diteruskan bagi mereka yang ingin menyumbang dalam usaha menampung keperluan keluarga Bersamamu untuk episod-episod seterusnya. Orang ramai juga boleh menghantar sumbangan mereka kepada Maybank akaun Tabung TV3 Bersamamu-BSM: 5643 2412 9973 yang dipantau oleh pemegang amanah TV3 iaitu Amanah Raya Berhad (ARB).

Jangan ketinggalan mengikuti pengalaman Irin Putri Azmi mendekati golongan yang memerlukan perhatian kita menerusi Bersamamu, setiap Rabu, 9.30 malam mulai 6 April 2011, hanya di TV3.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Hos Baru Bersamamu - Irin Putri Azmi By Mohd Rohaizad. Published: 6.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...