CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Iklan Bergambar DAP 'Saya Sayang Pek Moh' - SUPP Berang Di Sarawak


 
Kelakar bila tengok iklan kempen di pilihan raya negeri dun ke-10 di Sarawak.. macam-macam ragam.. terbaru gambar iklan Taib Mahmud bersama orang SUPP yang berlatarkan zaman dinasti china.. Apa pendapat anda? Ini merupakan strategi atau taktik perang saraf bagi menarik perhatian rakyat untuk menilai apa yang berlaku di Sarawak..
Papan iklan "Saya sayang Pek Mo" yang didirikan oleh DAP pagi ini dikatakan menghantui dan memberangkan presiden SUPP dan calon Piasau, Tan Sri Dr George Chan dan dua calon parti itu.

Menurut ketua DAP Johor, Boo Cheng Hau pada sidang akhbar di hadapan papan iklan itu seorang peguam SUPP - David Siaw - telah menghantar sms yang bernada keras kepada pengarah pilihan raya DAP.

Dalam satu daripada sms yang ditunjukkan kepada Malaysiakini, peguam SUPP itu mahu DAP menanggalkan papan iklan itu ataupun menghadapi tindakan undang-undang.

"Sila turunkan papan iklan yang menunjukkan gambar calon kami bersama Ketua Menteri. Awak tidak ada hak menggunakan gambar mereka. Harap ambil perhatian, kami akan menyaman fitnah.”

Dalam satu lagi mesej, pengirimnya memberi amaran parti komponen BN akan bertindakbalas jika papan iklan itu tidak diturunkan.

"Awak mungkin akan saksikan calon DAP berkata perkara-perkara yang memihak BN.”

DAP, bagaimanapun enggan menurunkan papan iklan tersebut dan mendakwa mereka tidak memfitnah sesiapa.

"Kecuali awak kata tidak sayang Pek Moh, maka tiada unsur fitnah," kata Lim Sie Keong, calon DAP yang akan menentang Chan di Piasau. -Malaysiakini

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Iklan Bergambar DAP 'Saya Sayang Pek Moh' - SUPP Berang Di Sarawak By Mohd Rohaizad. Published: 13.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...