CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Anjing Pit Bull Type Bunuh Pelancong Ireland Di Malaysia


 Pit Bull Type Dog


Sungguh mengejutkan apabila anjing jenis Pit Bull ini dibiarkan berkeliaran begitu sahaja tanpa pemasangan tag kolar dileher sehingga membunuh seorang pelancong asing dari negara Ireland. Adakah wajar pemlik anjing tersebut dikenakan denda RM4000 dan penjara 12 bulan atau setahun mencukupi berbaloi dengan kehilangan nyawa ahli keluarga pelancong Ireland tersebut? hukuman yang lebih berat sepatutnya wajar dikenakan agar dijadikan iktibar kepada pemilik-pemilik anjing lain di Malaysia.

Dibawah ini ialah berita berkenaan isu yang terlibat:

Di Balik Pulau, Pulau Pinang, Pemilik empat ekor anjing baka “Pit-Bull Type” hari ini didenda RM4,000 atau penjara 12 bulan setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mereka mengaku bersalah atas empat pertuduhan tidak memakaikan kolar dan lencana pendaftaran terhadap anjing-anjing mereka.

Majistret Mohd Hidayat Wahab menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau tiga bulan penjara bagi setiap pertuduhan terhadap Teoh Bee Eng, 56, suri rumah, bersama suaminya Joseph Teoh Boon Aun, 42, peladang organik.

Bee Eng dan suaminya dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Undang-undang Kecil (Anjing-Anjing) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) 1977, di Lot 757, dalam kebun durian, di belakang Lot 704, Kilang Lama Buah Pala, Jalan Telok Bahang, Balik Pulau pada 10.35 pagi 9 Januari lalu.

Mengikut fakta kes, seorang sukarelawan, Sullivan Maurice, 50, warganegara Ireland telah disahkan mati oleh pakar perunding kanan patologi forensik Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, akibat gigitan sepasang anjing milik tertuduh. - Sumber berita Bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Anjing Pit Bull Type Bunuh Pelancong Ireland Di Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 4.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...