CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Banjir April 2011: Hulu Terengganu Ramai Dipindahkan




Berita bencana banjir terbaru bagi bulan april 2011 melanda Terengganu hari ini.. ramai mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan akibat hujan tidak henti-henti sejak pagi tadi.. maklumat lanjut sila baca dibawah..

Di Kuala Terengganu, hujan lebat yang turun sejak awal pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di daerah Hulu Terengganu di naiki air.

Sehingga pukul 6 petang ini, seramai 255 orang dari Kampung Pelandang dan Kampung Cheting dipindahkan ke empat pusat pemindahan banjir di daerah itu, mulai pukul 4.10 petang.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Hulu Terengganu berkata seramai 40 orang dari Kampung Pelandang dipindahkan ke balai Kampung Pelandang manakala 140 pelajar sekolah pondok di kampung itu ditempatkan di masjid.

Di Kampung Cheting pula, seramai 34 mangsa dari lapan keluarga dipindahkan ke balai raya kampung itu dan 41 orang lagi ditempatkan di Balai Raya Kampung Beris, katanya.

Beliau berkata beberapa jalan di daerah itu turut ditutup kepada semua kenderaan apabila dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga 1.3 meter.

Jalan-jalan terbabit ialah Jalan Kuala Berang ke Felda Mengkawang di Kampung Perih, Jalan Kuala Berang ke Felda Mengkawang berhampiran Kampung Lubuk Periuk dan Jalan Kuala Berang ke Sungai Tong berhampiran Kampung Kuala Ping. — Bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Banjir April 2011: Hulu Terengganu Ramai Dipindahkan By Mohd Rohaizad. Published: 10.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...