CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Banjir Di Perlis: Lebih 4,000 Mangsa Dipindahkan Berita Terkini


 Banjir Di Perlis: Lebih 4000 Dipindahkan Ke Pusat Pemindahan Banjir


Jumlah mangsa banjir di Perlis yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan meningkat kepada 4,230 orang sehingga 8 pagi ini berbanding 4,032 malam semalam.
 
Jurucakap bilik gerakan banjir Perlis berkata mereka yang dipindahkan itu adalah daripada 1,135 keluarga dan ditempatkan di 32 pusat pemindahan.

Paras air di kawasan selatan bandar Kangar meningkat malam tadi namun di kebanyakan kawasan di utara air mulai surut. Beberapa batang jalan di bandar Kangar masih ditenggelami air.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menasihati penduduk di kawasan banjir supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan berpindah. Katanya, beliau menerima laporan ada penduduk di kawasan pinggir sungai yang enggan berpindah kerana mereka ini berpendapat air sungai semakin surut.

Md Isa yang meninjau pusat-pusat pemindahan banjir sehingga awal hari ini berkata, penduduk terbabit tidak seharusnya mengambil risiko kerana kerajaan menyediakan pusat pemindahan untuk mereka.

Sumber rujukan:

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Banjir Di Perlis: Lebih 4,000 Mangsa Dipindahkan Berita Terkini By Mohd Rohaizad. Published: 1.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...