CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Bomoh Palsu Tipu Disyaki Rogol Pesakit Bakal Calon SPM Di Jitra


Bomoh palsu tipu pelanggan di Jitra, Kedah. Memang tak guna punya bomoh.. buat malu saja.. orang datang minta bantuan dia ambil kesempatan.. Saya harap orang ramai lebih berhati-hati dengan bomoh, dukun, rawatan tradisional ini.. saya tidak nafikan ada yang mampu mengubat atau merawat pesakit dengan kaedah-kaedah tradisional tetapi gejala bomoh palsu menipu semakin menjadi-jadi.. jika bawa anak perempuan sila tunggu bersama jangan biar bersendirian, jika bomoh minta juga bersendirian sila laporkan kepada polis.


Di Jitra menurut sumber maklumat Bernama, seorang bomoh berusia 36 tahun ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini yang mendapatkan rawatan di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam dekat sini Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd Yusuf, berkata pelajar terbabit yang dikatakan terkena "gangguan" telah ke rumah bomoh berkenaan bersama ibu bapanya untuk rawatan susulan. 

"Sehari sebelum kejadian mangsa dah pergi jumpa bomoh itu dan diberitahu ada hantu menumpang dalam badannya dan disuruh datang semula pada malam keesokan harinya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.

Menurut laporan, mangsa dirogol ketika sedang dirawat dalam sebuah bilik di rumah bomoh berkenaan, manakala ibu bapanya berada di ruang tamu.

"Selepas menyedari mangsa dirogol, keluarganya membuat laporan polis dan suspek ditahan di tempat kerjanya di kolam udang Kerpan pada petang Rabu," katanya.

Ibrahim berkata, bomoh berkenaan kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Bomoh Palsu Tipu Disyaki Rogol Pesakit Bakal Calon SPM Di Jitra By Mohd Rohaizad. Published: 8.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...