CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Bukan Islam Dibenar Guna Ayat Al-Quran Di Malaysia


Syukur apabila Datuk Jamil Khir kita mengeluarkan kenyataan benar yang orang bukan islam dibenarkan guna ayat Al-Quran terutamanya terjemahan cuma jangan terjemah mengikut tafsiran sendiri la.. dengan kata lain mengubah tafsiran yang telah disepakati oleh ulama-ulama majlis agama. Tahniah diucapkan Datuk Seri Jamil Khir Baharom!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengulangi hak masyarat bukan Islam untuk membaca dan menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan syarat ia dilakukan dengan ikhlas dan tanpa niat jahat.

NONE“Tidak salah kalau mereka mahu belajar atau mengetahui lebih banyak mengenai Islam. Agama tidak melarangnya. Tetapi mereka mesti ikhlas,” kata Jamil Khir ketika menjawap soalan lisan daripada Datuk Ibrahim Ali (Bebas - Pasir Mas).

Namun, beliau memberi amaran kerajaan akan mengambil langkah-langkah serius bagi mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi seperti yang digariskan dalam perlembagaan.

“Seseorang tidak boleh sewenang-wenangnya menterjemahkan ayat-ayat al-Quran sesuka hati tanpa rundingan ataupun perbincangan,” katanya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Bukan Islam Dibenar Guna Ayat Al-Quran Di Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 6.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...