CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu CCTV Video Seks Anwar Ibrahim Di Internet Youtube




 Video Seks Anwar Ibrahim Di Internet Youtube



Sumber dari Malaysiakini melaporkan yang video seks Anwar Ibrahim telah tersebar luas di internet youtube. pengunjung-pengunjung laman web blog di Malaysia kini dapat lihat sendiri bagaimana video tersebut memaparkan adengan yang meloyakan.. apa punya isu politik di Malaysia la.. semua nak buat serangan peribadi.. lepas tu nak buat tuduhan.. rasa-rasa video seks ni boleh ke dijadikan bukti? ke dah memang politik dah guna style macm ni untuk menyerang individu-individu politik? bagaimana pulak dengan orang yang rakam dan yang terlibat menyiarkan video ini? tepok dahi tanya otak..

Sebahagian daripada klip video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini tersebar di Internet.

Malaysiakini difahamkan beberapa laman web anti pembangkang menyiarkan laporan bahawa video yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak tengahari.
NONE 
Semakan Malaysiakini juga mendapati video yang dilabel sebagai “VTS 01 1" itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "thepowercam."

Maklumatnya di Youtube menunjukkan pengguna berkenaan menyertai laman kongsi video itu semalam dan dikatakan berasal dari Thailand.

Video sepanjang hanya 1 minit 41 saat itu adalah sumbangan tunggalnya.

Sarikata dalam bahasa Thai itu berbunyi: "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011" 

Sebelum ini, beberapa pihak mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu CCTV Video Seks Anwar Ibrahim Di Internet Youtube By Mohd Rohaizad. Published: 4.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...