CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Gaji Pembantu Rumah Wajib Dimasuk Terus Ke Akaun Bank


Kini isu gaji pembantu rumah terutamanya dari luar negara sebelum ini menerima gaji secara tunai tetapi kini kerajaan akan mewajibkan para majikan mereka membayar terus ke akaun bank. Hal ini ada kebaikkannya terutamanya gaji yang diterima akan menjadi tetap dan boleh dijadikan pelaburan untuk masa depan mereka agar lebih terjamin. Pada pendapat saya, sememangnya kerajaan wajar mewajibkan semua pekerja yang menerima gaji secara bulanan dibayar terus ke akaun bank pekerja mereka bagi mengelakkan berlakunya penipuan dan majikan menindas hak pekerja mereka.

Kerajaan akan mewajibkan majikan supaya membayar gaji pembantu rumah mereka melalui akaun bank dan bukan lagi secara tunai, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.

Katanya langkah baru itu akan diperkenalkan mulai Jun ini bagi menjamin dan melindungi kepentingan majikan dan pembantu rumah.

"Dengan ini kita harap dapat mencari penyelesaian bagi kes pembantu rumah yang melarikan diri daripada majikan dan juga kes majikan yang tidak membayar gaji yang ditetapkan atau tidak membayar gaji kepada pembantu rumah," katanya kepada media di sini, hari ini.

Mengenai kenyataan bahawa Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur menerima kira-kira 1,000 kes layanan buruk majikan terhadap pekerja Indonesia setiap tahun (60 peratus membabitkan pembantu rumah), Dr Subramaniam berkata, hanya 60 kes seumpama itu yang dilaporkan di balai polis setahun.

"Mungkin mereka (pekerja Indonesia) melaporkan di kedutaan itu. Tetapi laporan polis menunjukkan hanya 60 kes.

"Saya perlu jelaskan bahawa 99 peratus majikan begitu bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan pembantu rumah. Hanya 0.5 peratus sahaja yang dikategorikan sebagai tidak bertanggungjawab," katanya. - Bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Gaji Pembantu Rumah Wajib Dimasuk Terus Ke Akaun Bank By Mohd Rohaizad. Published: 21.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...