CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Gerakan 1Melayu, 1Bumi - PERKASA Dan Utusan Malaysia


Apabila isu gerakan 1Melayu, 1Bumi yang dibuat oleh Utusan Malaysia telah diperdebatkan dengan hangat. Adakah ia rasional untuk dilaksanakan? Ini merupakan tindakan berani pihak Utusan demi mempertahankan keturunan orang Melayu Islam di Malaysia. Selama ini kita hanya berlembut dan sembunyi-sembunyi dalam memainkan sentimen ini. Hal ini bukan sahaja melibatkan orang Melayu tetapi turut dibuat kaum lain di Malaysia seperti tebentuknya parti-parti yang berasaskan kaum tertentu, semua mempunyai kepentingan tersendiri dan cuba untuk menindas hak orang lain, malah cuba untuk membolot kekayaan daripada berkongsi. Bila kita hendak bersatu?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang disaran Utusan Malaysia merupakan pendapat peribadi penulis akhbar berkenaan dan bukan pandangan kerajaan.
"Itu pendapat peribadi penulis yang berkenaan tetapi daripada segi kerajaan kita sudah ada gagasan yang cukup jelas dan kita akan teruskan usaha kita.

"Dan, bagi orang Melayu, yang penting sekali mereka sokong Umno kalau hendak bersatu daripada segi politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Hari Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan di Serdang, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit dua hari lepas, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.
Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Ditanya saranan Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar DAP bergabung dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Najib berkata: "Itu pembangkang (punya hal)...saya tidak mahu komen tetapi saya tidak nampak macam mana Snap boleh terima DAP kerana ideologi mereka berbeza".

Dua hari lalu, Lim mencadangkan DAP dan Snap bergabung pada pilihan raya umum akan datang dalam usaha memberi khimat yang lebih baik kepada masyarakat Iban-Dayak.

Ditanya mengenai gesaan beberapa pihak agar Tan Sri Abdul Taib Mahmud berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak, Perdana Menteri berkata; "Saya telah memberikan komen saya...beri saya masa".
Mengenai rasa tidak puas hati orang ramai berhubung web portal E-mel 1Malaysia, Najib berkata memandangkan projek itu dibangunkan pihak swasta, biarlah pihak berkenaan yang menjelaskannya.

"Biarlah mereka yang membuat penjelasan...ia adalah cadangan mereka. Ia adalah inisiatif sektor swasta dan tidak melibatkan wang rakyat. Biarlah mereka ambil inisiatif untuk menjelaskannya (kepada rakyat)".

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadang Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak baik untuk negara.

"Saya harap ia tidak berlaku....Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik...jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," katanya ketika ditanya mengenai perkara itu selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di sini hari ini.

Semalam Perkasa mengumumkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" akan menjadi sebahagian daripada "Perhimpunan Melayu" yang akan diadakan pada 30 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar. 
 
Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat untuk memikirkannya secara mendalam mengenai sistem politik perkauman dan menegaskan bahawa ia akan menjadi mala petaka kepada negara jika berlaku.-Bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Gerakan 1Melayu, 1Bumi - PERKASA Dan Utusan Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 22.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...