CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Hina Sultan Perak: Peniaga Tidak Bersalah Komen Sultan Azlan Shah


Berikut dipaparkan sumber maklumat daripada wartawan negara kita yang terkini mengenai seorang peniaga yang dituduh komen hina Sultan Azlan Shah melalui internet portal kerajaan negeri Perak.. peniaga tersebut dibebaskan kerana didapati tidak bersalah.. baca selanjutnya dibawah..


Seorang peniaga hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pindaan menghantar komen yang menghina Sultan Perak Sultan Azlan Shah menerusi portal Internet.

Hakim SM Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Muslim Ahmad, 55.

Pada 21 Jun lalu, Komathy melepaskan dan membebaskan Muslim selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dalam kes itu.

Bagaimanapun, pada 8 Dis lalu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha memerintahkan Muslim dipanggil membela diri untuk memberi keterangan pembelaannya selepas pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Muslim menghadapi tiga pertuduhan pindaan iaitu menghantar komen yang jelek sifatnya melalui portal negeri, www.perak.gov.my, pada 2.21 petang 7 Feb tahun lalu.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan serupa pada 2.27 petang hari yang sama, dan bagi pertuduhan ketiga dia didakwa melakukannya sekali lagi pada 4.39 petang 8 Feb 2009.

Bapa kepada empat orang anak itu didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di alamat No. 1, Jalan 5/26, Taman Sri Rampai, Setapak, di Kuala Lumpur.

Muslim, yang diwakili peguam K Periasamy, didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Hina Sultan Perak: Peniaga Tidak Bersalah Komen Sultan Azlan Shah By Mohd Rohaizad. Published: 6.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...