CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Ijazah Master Phd Palsu Tipu Dalam Talian Internet




Memang terdapat banyak ijazah master phd palsu tipu dalam internet yang boleh dibeli dengan harga semurah AS$80 atau kira-kira RM240, seseorang penipu sudah boleh membeli segulung ijazah atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) secara dalam talian tanpa perlu mengikuti pengajian yang mengambil masa bertahun atau menyediakan tesis. Isu berkenaan ini sering kali dibangkit apabila siasatan dilakukan ke atas orang kenamaan atau yang terkenal yang mempunyai ijazah master phd yang ntah apa-apa, course dan IPT yang pelik-pelik bahkan tidak mempunyai kualiti dalam akademik dan penyelidikan. Adakah mereka tertipu atau sengaja hendak menipu?

Mereka bebas memilih apa saja bidang atau universiti untuk diisi di dalam ijazah palsu itu sebelum menggunakan gelaran doktor untuk memperdaya orang ramai sama ada ketika memohon pekerjaan, menjadi pakar motivasi, menceburi bidang politik, perniagaan atau sekadar berlagak sebagai bijak pandai akademik.

Tidak perlu menunggu lama sehingga mengambil tempoh empat ke lima tahun pengajian, sebalik dengan cara sedemikian ijazah atau PhD yang ditunggu boleh sampai ke tangan selepas tujuh hari pembayaran dilakukan, malah jika mahu menjimatkan masa, pembeli boleh mencetak sendiri sijil yang dibeli itu.

Ditambah sikap orang ramai yang mudah percaya dengan kepetahan seseorang individu bercakap tanpa meneliti latar belakang pengajiannya selain kelemahan majikan di Malaysia yang hanya melihat rekod jenayah orang yang memohon pekerjaan tanpa menitikberatkan status pendidikan menyebabkan kegiatan membeli ijazah sarjana dan PhD palsu semakin berleluasa.

Contoh Ijazah Sarjana Muda, Master, Phd yang meragukan: Dr HM Tuah, Dr Ibrahim Ahmad, Dr Fazley dan banyak lagi, bahkan orang kenamaan politik turut terlibat.

Mendedahkan perkara itu, Pakar Kriminologi dan Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Datuk Akhbar Satar berkata, pihaknya menerima aduan antara 40 hingga 50 kes ijazah dan PhD yang diragui ketulenannya sejak 2004. (HM)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Ijazah Master Phd Palsu Tipu Dalam Talian Internet By Mohd Rohaizad. Published: 30.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...