CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Kadar Pengangguran Di Sabah Tinggi 5.6 Peratus Tahun 2010


 
 
Isu pengangguran di Malaysia masih lagi tinggi terutamanya di negeri Sabah, kadar pengangguran di Sabah direkodkan pada 5.6 peratus tahun 2010, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran, beliau berkata kerajaan negeri mempunyai perancangan selain meneruskan program sedia ada.

"Pada masa akan datang, kerajaan akan menggalakkan majikan mengusahakan peluang-peluang pekerjaan di rumah di kalangan suri rumah, ibu tunggal dan golongan khas.



"Jabatan Tenaga Kerja Sabah sedang mengusahakan untuk mendapatkan majikan yang boleh mengusahakan pekerjaan di rumah di kawasan-kawasan berhampiran dengan tempat pekerjaan majikan berkenaan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Syed Abas Syed Ali (BN-Balung) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada hari Rabu.

Selain itu, beliau berkata kerajaan akan meneruskan Program Penempatan Pekerjaan (3P) di semua daerah dengan kerjasama agensi dan jabatan kerajaan negeri dan pusat, serta meningkatkan perkhidmatan melalui portal jobsmalaysia.gov.my dan Pusat Pekerjaan Sabah bagi menggalakkan pendaftaran pencari pekerjaan.

Jainab berkata Program 3P berjaya menempatkan 1,133 pencari pekerjaan.

Menurutnya, sebanyak 24 Program e-Kasih, 11 Program Azam Kerja dan 16 Program 3P berjaya dibuat.-bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Kadar Pengangguran Di Sabah Tinggi 5.6 Peratus Tahun 2010 By Mohd Rohaizad. Published: 27.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...