CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Kedai Orang Kurang Upaya (OKU) Disita Majlis Perbandaran Klang (MPK)


 Kadang-kala terasa juga hati ini bila terkenangkan nasib OKU. Mereka golongan yang sepatutnya dibela bukannya untuk dibuli, adakah pihak MPK tiada jalan lain lagi selain menyita kedai si OKU ini? Alahai.. nak berniaga pun susah apabila semua peraturan disusahkan. Diharap ada sesiapa yang dapat membela nasib OKU ini, saya berdoa beliau dapat berniaga semula dan pihak MPK kembalikan peralatan yang disita.

Seorang peniaga Orang Kelainan Upaya (OKU) kesal dengan tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang didakwa menyita kedainya di Jalan Datuk Hamzah Klang semata-mata kerana beliau mempunyai tunggakan sewa premis sebanyak RM490.

Ashairi Sulaiman, 60, berkata, kedainya yang menjual barangan cenderamata disita oleh MPK pada 6 April bersama barangan dalam kedai yang dianggar bernilai RM9,700 serta kerusi roda yang digunakan untuk bergerak.

"Saya tiada di kedai semasa kedai saya disita. Saya telah pergi ke pejabat MPK untuk membuat rayuan supaya diberi kelonggaran dengan membenarkan saya mengeluarkan kerusi roda dari dalam kedai yang disita.
"Namun rayuan saya tidak diendahkan dan yang paling menyedihkan seorang pegawai MPK mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya dan mencabar saya dengan perkataan “Apa OKU boleh buat..? “ katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ashairi yang cacat kaki kanan, berkata ekoran itu beliau terpaksa meminjam kerusi roda milik rakannya untuk bergerak.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Kedai Orang Kurang Upaya (OKU) Disita Majlis Perbandaran Klang (MPK) By Mohd Rohaizad. Published: 16.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...