CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Kematian Pegawai Kastam: PM Arahkan Pegawai SPRM Kastam Disiasat


Satu lagi episod tangkapan melibatkan 2 orang SPRM yang akan berlarutan dan kemungkinan kes akan ditutup berhubung kematian seorang pegawai kanan kastam yang didakwa mati mengejut. Dipercayai Ahmas Sarbani Mohamed mempunyai bukti yang kuat berkenaan kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram yang melibatkan banyak pihak berkuasa sehingga orang kenamaan politik. Ayuh kita terus mengikuti perkembangan mengenai isu ini.

Berita dari Kuala Lumpur. Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang menjadi pengiring Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, di sini, hari ini, ditahan kerja untuk tujuan siasatan.

Mereka ditahan kerja kerana dikatakan melakukan pelanggaran engkar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM.

"Pegawai-pegawai terbabit dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa ketika saksi atau pelanggan berada dalam premis SPRM," kata SPRM dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dikemaskini: PM Arah Siasatan Rapi Kes Pegawai Kastam Mati Di Bangunan SPRM

Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuching mengarahkan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan secara rapi, telus dan profesional berhubung kes seorang pegawai Kastam yang ditemui mati di bangunan SPRM Kuala Lumpur pada Rabu.

Perdana Menteri berkata ia perlu bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian yang melibatkan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56.

"Apa yang saya diberitahu, dia datang secara sukarela ke pejabat SPRM hanya nak tukar statement (kenyataan) yang telah diberikan kepada SPRM sebelum ini. Dia mohon nak tukar statement.

"Dalam masa SPRM memanggil IO (Pegawai Penyiasat) kes berkenaan, sekelip mata sahaja kejadian itu berlaku. Ini berbeza dengan kes Teoh Beng Hock," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas melancarkan dan menyerahkan Sirim Pintar-Learning dan Sirim Robokit di Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong dekat sini Khamis.

Najib berkata beliau berharap siasatan secara terperinci dapat dijalankan segera kerana kerajaan tidak akan cuba melindungi apa-apa perkara.

Semalam, Allahyarham Ahmad Sarbani ditemui mati di atas gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia yang dibongkar baru-baru ini.

Najib berkata kes itu berbeza dengan kes Teoh kerana Allahyarham Ahmad Sarbani tidak dipanggil untuk membantu siasatan tetapi datang sendiri ke pejabat SPRM.

Ditanya apakah perlu untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes itu seperti dalam kes Teoh, Najib berkata biarlah polis menyiasat perkara itu terlebih dahulu.

Beliau berkata tindakan SPRM melakukan siasatan adalah bagi menyelamatkan wang negara kerana ia adalah sesuatu yang serius.

"Kerajaan nak bersihkan Kastam dan jimatkan wang rakyat. Jika dapat berkas orang yang terlibat, yang untung adalah rakyat. Tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku.

"Kita mesti ingat tujuan siasatan itu dilakukan untuk menjimatkan wang rakyat dan (penyelewengan) dah berlaku bertahun-tahun. Ia mesti dihentikan dan (pihak bertanggungjawab) diberkas sama sekali," katanya.

Perdana Menteri berkata mungkin ada sedikit gangguan dalam tugas SPRM berikutan kejadian seperti itu sudah dua kali berlaku tetapi ia perlu diteruskan demi kebaikan rakyat.

"Tindakan ini boleh jimatkan banyak hasil negara. Bila hasil negara bertambah, boleh buat banyak program untuk rakyat," kata Najib.

Dikemaskini: Kes Sarbani - Polis Tunggu Laporan Kimia Patologi

Polis kini menunggu laporan kimia dan patalogi bagi menyiapkan kertas siasatan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

NONEKetua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan kes kini pada peringkat terakhir sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pendakwa raya minggu depan.

"Laporan kimia dijangka diperoleh Isnin ini, manakala laporan patologi hasil lakonan semula dua hari lepas di pejabat SPRM juga dijangka diperolehi minggu depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara keagamaan di tokong Buddhist Mahavira, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata polis masih menyiasat kematian Ahmad Sarbani Mohamed sebagai kes mati mengejut dan sehingga kini seramai 42 orang termasuk anggota keluarga mangsa, pegawai SPRM dan Kastam Diraja Malaysia sudah diambil keterangan.

Ditanya mengenai lakonan semula di pejabat SPRM dua hari lalu, beliau berkata ia adalah sebahagian daripada siasatan untuk melihat dengan lebih jelas dan secara visual bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

NONEDalam lakonan semula itu, pelakon lagak ngeri diminta membuat beberapa terjunan bagi mengenal pasti bagaimana Ahmad Sarbani terjatuh dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Bagi memastikan ketepatan, polis bukan saja memilih pelakon lagak ngeri yang mempunyai berat sama dengan mangsa tetapi juga dipakaikan dengan kemeja dan seluar yang sama dengan mangsa pada hari kejadian.

Sebanyak empat terjunan dengan pelbagai posisi dilakukan dan dirakam menggunakan empat kamera dari pelbagai sudut.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam. 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Kematian Pegawai Kastam: PM Arahkan Pegawai SPRM Kastam Disiasat By Mohd Rohaizad. Published: 7.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...