CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Kontroversi E-mel 1Malaysia - Inisiatif Sektor Swasta Tricubes Bhd.


Isu terbaru berkaitan dengan e-mel 1malaysia yang menjadi sebutan dikalangan rakyat, isu ini menjadi kontroversi apabila dikaitkan mempunyai agenda yang tersembunyi dan menjadi projek bagi kroni seperti yang dinyatakan dalam sesetengah laman web yang membincangkan isu ini. Malah dana awam atau wang rakyat digunakan bagi memenuhi keperluan projek ini. Siasatan dan kemaskini akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Wartawan Berita Harian melaporkan yang perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa projek web portal E-mel 1Malaysia adalah inisiatif sektor swasta yang tidak diwajibkan ke atas rakyat negara ini.

Perdana Menteri yang memberi penjelasan menerusi laman Tweeter awal pagi ini berkata, dana awam tidak terbabit dalam projek berkenaan yang membabitkan pelaburan sebanyak RM50 juta.

"Sebelum saya tidur, biarlah saya memberi penjelasan bahawa projek E-mel 1Malaysia adalah inisiatif sektor swasta. Tiada wang awam terbabit dan keseluruhannya adalah berdasarkan sukarela," katanya.

Ketika mengumumkan projek baru Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Putrajaya semalam, Perdana Menteri memaklumkan bahawa inisiatif berkenaan adalah satu daripada tujuh projek terbaru dalam ETP.

Projek E-mel 1Malaysia itu dikendalikan oleh Tricubes Bhd yang berpengalaman 12 tahun dalam bidang biometrik dan kad pintar.

Ia dimiliki sepenuhnya oleh Tricubes menerusi bidaan terbuka Unit Perancangan Pengurusan dan Pemodenan Pentadbiran Malaysia (MAMPU).

Projek itu alah menjadi platform utama dan rasmi bagi komunikasi dua hala rakyat dengan kerajaan dan dilengkapi pautan yang membolehkan beberapa urus niaga berkaitan agensi kerajaan dilaksanakan.

Dikemaskini: 

Ketua pegawai eksekutifnya, Khairun Zainal Mokhtar bagaimanapun berkata, projek itu terletak di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), yang dilantik sebagai fasilitator kerajaan.

NONEKatanya, Tricubes tidak dapat mendedahkan semua butiran model perniagaannya untuk projek Emel 1Malaysial, tetapi tegasnya, sebagai syarikat tersenarai, ia telah menggariskan strategi utama bagi memastikan daya maju komersil termasuk pengiklanan dan transaksi e-perkhidmatan pada masa depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khairun berkata ujian sedang dijalankan sebagai persediaan untuk melaksanakan sistem tersebut.

Projek itu akan menawarkan perkhidmatan e-kerajaan setempat seperti pemberitahuan melalui talian dan bil digital dari agensi-agensi kerajaan.

Setiap rakyat Malaysia berumur lebih 18 tahun, layak mendapat akaun emel rasmi untuk berkomunikasi dengan kerajaan.

Syarikat itu juga berkata, ia mahu membangun dan menyediakan perkhidmatan komunikasi tambah-nilai untuk perniagaan, penggunaan isi rumah dan kerajaan.

NONEKhairun memberitahu pemberita semalam - selepas projek itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - bahawa syarikatnya ia tidak akan menyediakan perkhidmatan yang serupa dengan portal dalam talian kerajaan seperti MyEG yang tertumpu kepada pembayaran melalui talian.

Namun risalah Tricubes mengenai projek tersebut menyenaraikan 'semakan bil dan pembayaran' sebagai salah satu fungisnya.

Ditubuhkan pada 1997 dan disenaraikan di pasaran ACE pada 2004, Tricubes terlibat dalam penggunaan sistem MyKad.



Dikemaskini: Saham Emel 1Malaysia Meningkat Tinggi 491%

Walaupun hebat dikritik, harga saham Tricubes Bhd melambung mencecah paras rekod tertinggi dalam tempoh enam tahun, selepas ia mengumumkan akan mengendalikan projek Emel 1Malaysia.

Apabila dilaporkan bahawa syarikat tersebut akan bersama firma perisian gergasi, Microsoft, untuk melaksanakan projek e-mel tersebut Selasa lalu, harga sahamnya terus melonjak.

Harga sahamnya berada di paras terendah pada 4 Mac 2009 apabila ditutup pada harga 3.5 sen.

Bagaimanapun, sejak pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya pada hari Selasa, harga sahamnya melambung naik 491 peratus berbanding harga 5.5 sen pada hari Isnin. Hari ini sahamnya ditutup pada harga 32.5 sen.

Lonjakan tersebut bermakna harga sahamnya naik lebih lapan kali.

Harga saham syarikat itu ditutup empat sen lebih tinggi pada 9.5 sen pada hari Selasa - naik 72.7 peratus.
Ia bertambah stabil sekali lagi pada hari Rabu dengan peningkatan 68 peratus dari hari sebelumnya, untuk ditutup pada harga 16 sen.

Semalam ia membuat lonjakan tertinggi - 96.88 peratus - untuk ditutup pada harga 31.5 sen.

Ia menutup lebih tinggi sedikit - pada 32.5 sen - hari ini -Malaysiakini

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Kontroversi E-mel 1Malaysia - Inisiatif Sektor Swasta Tricubes Bhd. By Mohd Rohaizad. Published: 20.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...