CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Kontroversi Komen Ibrahim Ali Cetus Wanita Marah


Kali ini kita digemparkan dengan komen kontroversi daripada Datuk Ibrahim Ali. Beliau telah menaikkan kemarahan kaum wanita yang ternyata kenyataannya menguris hati mereka. Pada pendapat saya, beliau menggunakan pengalaman beliau dalam membuat kenyataan tetapi sesetengah orang terutamanya para wanita akan rasa tersinggung dan ini boleh membuatkan keadaan lebih keroh jika tidak diambil tindakan segera untuk menjernihkan keadaan. Harap beliau memohon maaf dan membetulkan kembali kenyataan beliau yang dipandang berat sebelah.. sila ikuti info sumber maklumat dibawah yang disampai oleh wartawan Malaysiakini.

Komen kontroversi Ibrahim Ali di Parlimen semalam telah mencetuskan kemarahan kaum wanita di seluruh negara.

ibrahim ali kerdau bn ceramahKetua Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah berkata komen tersebut tidak wajar datangnya dari seorang ahli parlimen.

Katanya, adalah mengejutkan apabila ahli parlimen Bebas Pasir Mas itu menyamakan wanita sebagai bahan mainan seks.

"...dan yang lebih teruk lagi ialah dia menggunakan agama untuk menjustifikasikan pendiriannya itu," kata Ivy kepada AFP.

Katanya, komen tersebut bukan sahaja menunjukkan Ibrahim menjunjung ketuanan Melayu tetapi juga ketuanan lelaki.

Tenaganita pula berkata, sentimen sedemikianlah yang menjadi salah satu punca berlakunya penyeludupan manusia di negara itu.

"Kerana orang seperti Ibrahim Ali percaya ianya adalah hak mereka untuk melakukan seks dengan isteri pada bila-bila masa, atau jika tidak, mereka cari di tempat lain, maka itulah sebabnya mengapa industri seks berkembang dan berlakunya kes-kes penyeludupan manusia," kata penyelaras kanannya, Aegile Fernandez kepada AFP.

Semalam, Ibrahim berkata peningkatan kes hubungan sulit luar nikah adalah berpunca daripada "para isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka" kepada suami.

Bercakap sewaktu sesi soal-jawab di Parlimen semalam, ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa, ada masanya bila suami "ada keinginan" tetapi bila pulang ke rumah, isteri kata tunggu kerana 'sedang masak' atau 'sedang bersiap untuk ziarah saudara-mara'.

Dalam Islam, katanya, para isteri sepatutnya menghentikan apa yang sedang dilakukan untuk memenuhi tuntutan si suami.

Beliau yang juga presiden PERKASA berkata, ketika memandu pulang selepas kerja, si suami melihat perkara-perkara yang 'menaikan semangat' dan mahu memenuhi kehendak tersebut bersama isteri.

Ibrahim mendakwa, kerana tidak mendapat layanan dari isteri, maka ada suami yang pergi ke tempat-tempat yang sulit untuk memuaskan kehendak mereka itu, dan kemudiannya video mengenainya didedahkan.

Sumber Maklumat Dikemaskini:

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini mempertahankan kenyataan presidennya, Datuk Ibrahim Ali dengan menegaskan soalan yang dikemukakannya di Parlimen semalam ditujukan kepada wanita Islam sahaja.

Ia berhubung kenyataan ahli parlimen Pasir Mas itu berkaitan isteri perlu utamakan keinginan suami.

syed hassan syed ali"Adalah perlu diperiksa dulu di mana kenyataan Datuk Ibrahim itu dikeluarkan," kata setiausaha agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali.

"Ia disebut dalam Dewan Rakyat ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan. Menteri Datuk Masitah mengenai 'apakah peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mendidik para isteri mengenai tanggungjawab mereka''.

"Kalau dilihat, soalan YB Pasir Mas itu adalah ditujukan kepada wanita Islam, bukan seluruh wanita di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Ia berkaitan dengan Islam. Walaupun Datuk Ibrahim secara lansung menyebut keinginan suami dan isteri kena berhenti dari segala urusan lain, itu sebenar menekankan bahawa adalah perlu isteri menjaga kepentingan suami supaya berlaku keharmonian rumahtangga dan begitu juga suami perlu menjaga kepentingan isteri dan ini juga demi keharmonian rumahtangga.

azlan"Apa pun kenyataan yang Datuk Ibrahim buat dalam Dewan Rakyat itu adalah sesuatu yg dianjurkan oleh Islam. Semua orang Islam tahu hal ini dan tiada siapa di kalangan umat Islam boleh nafikannya," katanya.

Bagaimanapun, kata Syed Hassan, bagi mereka yg bukan Islam sudah tentu tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh Ibrahim, tetapi sekali lagi ianya tidak ada kena mengena dengan kaum lain.

"Soalannya ditujukan kepada timbalan menteri yang bertanggungjawab kepada Jakim. Ini perlu difahami oleh masyarakat bukan Islam.

ivy josiah interview 051208"Jadi ketua Pertubuhan Bantuan Wanita(WAO), Ivy Josiah perlu lihat dulu kepada siapa kenyataan Datuk Ibrahim itu ditujukan.

"Tidak nafi peranan WOA sangat mulia demi membantu kaum wanita, tetapi bila menyentuh berkaitan dengan Islam, WOA perlu juga hati-hati supaya tidak menyinggung perasaan orang Islam dalam isu-isu tertentu," katanya lagi.

Yang pasti, tambahnya, sekali lagi perlu ditegaskan bahawa kenyataan Ibrahim bukan ditujukan kepada wanita yang menganut agama lain.

"Dan jangan sesekali memandang keji dengan kenyataan yang betul pada tuntutan Islam. Kami dengan agama kami, kamu dengan agama kamu," tambahnya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Kontroversi Komen Ibrahim Ali Cetus Wanita Marah By Mohd Rohaizad. Published: 8.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...