CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Kristian Kitab Injil Bible Versi Bahasa Melayu Boleh Dicetak Di Malaysia


Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini mendedahkan penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil.

Antaranya, kumpulan Kristian di negara ini, kini dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu atau Indonesia tanpa sebarang halangan.

idris jala interview 200910 04“Kitab Injil juga kini boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bagi, kitab Injil di Sabah dan Sarawak, tiada cap mohor atau nombor siri perlu dikenakan tetapi bagi kitab seumpama itu di Semenanjung, ia mesti tertera perkataan “Penerbitan Agama Kristian” dan lambang salib dicetak di kulit depan.

“Saya berharap penyelesaian 10 perkara ini akan disambut positif oleh kumpulan Kristian kerana ia adil dan berpatutan. Kita mesti mencari penyelesaian bagi menangani isu Injil dan juga masalah lain yang ditimbulkan oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Beliau mengakui kerajaan dan kakitangan awam bukan sempurna kerana semua manusia adalah “menarik tetapi tidak sempurna pada mata Tuhan”.

"Dan atas segala kekurangan kami dalam menangani isu Injil ini, saya berharap penganut agama Kristian akan memaafkan kami,” katanya.

Dikemaskini: PEMBELA Dakwa Isu Al-kitab Diselesai Ikut Jadual Pilihan Raya

Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mengadakan protes di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini, bagi membantah 'Formula Idris Jala' berhubung isu Alkitab dalam bahasa Melayu.

NONEJurucakap PEMBELA, Yusri Mohamed mendakwa bahawa formula Idris Jala dibuat secara "tergesa-gesa dan tidak mengikuti lunas undang-undang sedia ada".

"Isu kitab Injil (dalam bahasa Melayu) harus diselesaikan berdasarkan perlembagaan dan tidak harus diselesaikan mengikut jadual waktu pilihan raya.

"(Penyelesaian itu dibuat kerana) tunduk kepada jadual pilihan raya," kata Yusri yang juga yang dipertua Yayasan Sofa - NGO gabungan PEMBELA.
NONE"Sepatutnya kerajaan tangguh dahulu dengan mengikut proses, termasuk rayuan di mahkamah berhubung kalimah Allah," katanya kepada pemberita selepas memimpin bantahan mempertahankan kedaulatan Islam, selepas solat Jumaat.
Yusri dipercayai merujuk kepada pilihan raya negeri Sarawak yang akan berlangsung esok, kerana isu tersebut turut membabitkan penganut Kristian di negeri tersebut.
Perhimpunan PEMBELA menyatakan pendirian mereka mengenai isu-isu agama bagi mempertahankan Islam sebagai agama negara.

NONEMalah, Yusri berkata ada kecenderungan sesetengah kumpulan "melampau-lampau" dalam menuntut apa yang bukan hak mereka.

Kira-kira 50 wakil 20 wakil NGO gabungan PEMBELA hadir menyertai bantahan tersebut. Perhimpunan itu turut disaksikan oleh jemaah yang selesai solat Jumaat.

Mereka turut menggantungkan beberapa kain rentang yang tertulis "Pertubuhan Pembela Islam Bantah Formula Idris Jala" dan "Islam Agama Negara".

hmm.. nak komen sikit la.. isu agama telah dipolitikkan untuk menarik perhatian rakyat sarawak.. lagi satu saya nak sentuh.. kenapa ya mubaligh-mubaligh kristian dahulu dan sekarang tidak putus asa meng"kristian"kan orang di Sarawak, Sabah dan terbaru di Semenanjung Malaysia turut digiatkan untuk kristiankan orang melayu.. kalau tengok movie ke filem ke macam-macam cerita dekat pendalaman contohnya dekat Afrika, India, China.. banyak lagi.. mubaligh-mubaligh kristian memang ada saja.. dekat Malaysia pulak orang jabatan agama kita buat apa ya? sedap berada dibilik aircond kot? mana pergi dah pendakwah-pendakwah Islam kita? bila sebut pendalaman ja memang ramai tak mau pergi.. semua nak selesa ja.. Sarawak dan Sabah akan jadi negeri paling banyak kristian di Malaysia andai tiada langkah-langkah dakwah Islam dikembangkan disana.. jika diberi peluang akan saya cuba dakwah mereka disana sebaik mungkin.. tapi apakan daya.. saya pun banyak lagi yang jahil tentang ilmu agama ni.. "Tolong Kembalikan Kegemilangan Dakwah Islamiyah Di Nusantara".-Sumber rujukan: Malaysiakini

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Kristian Kitab Injil Bible Versi Bahasa Melayu Boleh Dicetak Di Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 3.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...